Home

Laman Web Pengurusan Islam | Waktu Sembahyang | Al-Quran | Al-hadith | Fiqh Muamalat dan Fatwa | Glosari | Bank di Malaysia | Koleksi dan Perkhidmatan | Kakitangan | Keahlian | Polisi | Misi dan Objektif | Waktu Perkhidmatan | InfoKPKI Search Engine and Links | Contact InfoKPKI | Laman Web Perakaunan | Laman Web Takaful ( Islamic Insurance) | Laman Web Perbankan dan Kewangan Islam | Laman Web Pemasaran dan Perniagaan | Laman Web Matematik dan Ekonomi | Sumber-sumber berasaskan web untuk penyelidikan kualitatif | Seminar Perbankan Dan Kewangan Islam Dalam Era Globalisasi | Prinsip-prinsip syariah dalam penerbitan bon secara Islam
Seminar Perbankan Dan Kewangan Islam Dalam Era Globalisasi
Pusat Sumber Kolej Perbankan Dan Kewangan Islam Online

Seminar Perbankan Dan Kewangan Islam Dalam Era Globalisasi:
Cabaran Dan Harapan

Prosiding Seminar
Editor
Suhana Jasman
Ahli
Farah Wahidah Abdullah
Noorlela Mohd Noor
Fardilla Fadhil
Fauzan Abdullah
Khalijah Ramli
Norazila Jasmil
Norizah Deraman
Norjazliana Nordin
Suhaida Abdul Jalil
Suriyana Ismail

Sekretariat Penganjuran Seminar Pelajar-Pelajar Kuater Akhir 2001
Diploma Perbankan Islam
Kolej Perbankan Dan Kewangan Islam
2001
ISI KANDUNGAN

Mukasurat


PERKEMBANGAN DAN KEMAJUAN DALAM PERBANKAN
DAN KEWANGAN ISLAM..

Encik Rustam Mohd Idris


KONSEP DAN PRINSIP SYARIAH DALAM PERBANKAN
DAN KEWANGAN ISLAM.. 12-22

Ustaz Mohd Bakir Haji Mansor


SUMBANGAN DAN PERANAN PASARAN MODAL ISLAM
DALAM SISTEM PERBANKAN DAN KEWANGAN ISLAM..

Encik Wan Abdul Rahim Kamil Wan Mohamed Ali


FORUM: ISU-ISU PERBANKAN DAN KEWANGAN ISLAM
DALAM ERA GLOBALISASI

Encik Wan Ismail Wan Yusoh
Dr. Ghazali Atan
Encik Ir. Hashim Husain
Ustaz Mohd Bakir Haji Mansor
Encik Zakariya Othman Al-Haj


LAMPIRAN I.

LAMPIRAN II

LAMPIRAN III

LAMPIRAN IV

LAMPIRAN V



PRAKATA

Sejarah awal perbankan dan kewangan Islam di abad 20 ini adalah berikutan tertubuhnya bank Islam pertama iaitu Dubai Islamic Bank di U.E.A dan Bank Pembangunan Islam (IBD) di Arab Saudi pada tahun 1975. Tahun berikutnya sehingga tahun 1985, penubuhan secara pesat menular ke serata dunia.

Mengimbau kembali sejarah penubuhannya di Malaysia, sistem perbankan Islam telah dipelopori oleh Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) pada tahun 1983. Menjelang tahun 1993, sistem perbankan Islam diterajui pula oleh institusi-institusi perbankan dan kewangan konvensional di bawah Skim Perbankan Tanpa Faedah (SPTF) yang kini dikenali dengan Skim Perbankan Islam (SPI).

Sistem perbankan dan kewangan Islam Malaysia berjaya menyaksikan pertumbuhan yang amat memberangsangkan dari segi jumlah institusi kewangan, produk dan perkhidmatan, prestasi kewangan serta infrasruktur yang menyokongnya walaupun diperkenalkan kira-kira 18 tahun lalu.

Sehingga penghujung tahun 2000, dua institusi perbankan Islam diwujudkan di negara ini, selain 47 bank konvensional, 14 syarikat kewangan, lima bank saudagar dan tujuh rumah diskaun yang turut menyertai sistem perbankan Islam.

Dalam suasana ekonomi yang baru menampakkan sedikit pemulihan daripada krisis kewangan yang melanda negara sejak 1997, ditambah dengan perkembangan terkini yang pantas seperti K-ekonomi, E-dagang, dunia siber, globalisasi dan kepakaran serta kecanggihan terkini, sistem perbankan Islam memerlukan generasi pelapis yang berilmu, bersedia dan mampu berusaha membawa sistem ini terus berkembang selari dengan perkembangan semasa.

Ia juga perlu mempersiapkan diri dari segi kekukuhan kedudukan kewangan, prasarana, perkhidmatan dan intelektual untuk terus bersaing dengan pesaing antarabangsa bagi menghadapi pasaran terbuka berikutan proses globalisasi.

Menyedari fenomena ini, pelajar-pelajar kuater akhir Kolej Perbankan Dan Kewangan Islam 2001 telah mengambil inisiatif dengan menjemput para penceramah jemputan dari kalangan pelbagai institusi perbankan dan kewangan di Malaysia untuk sama-sama merelisasikan penganjuran Seminar Perbankan Dan Kewangan Islam Dalam Era Globalisasi : Cabaran Dan Harapan pada 30 Mei 2001 bertempat di Auditorium Ibu Pejabat Bank Simpanan Nasional (BSN).

Inspirasi ini tercetus berikutan kewajipan para pelajar untuk mengambil matapelajaran ISB 399 (Seminar/ Kertas Kerja Dalam Perbankan Islam) bagi melengkapkan program yang sedang diikuti.

Tiga modul dan sebuah forum telah dibincangkan dalam seminar tersebut. Para peserta seminar terdiri daripada individu yang terlibat dalam sistem perbankan dan kewangan, para usahawan, para pendidik dan para pelajar sebagaimana yang disenaraikan dalam Lampiran I. Manakala para penceramah terdiri daripada para ilmuan yang terlibat dalam sektor perbankan dan kewangan serta para usahawan sebagaimana yang disenaraikan dalam Lampiran II.
Prosiding ini menggabungkan kertas kerja yang telah dikemaskinikan sebagaimana yang telah dibentangkan dalam seminar tersebut.

Perbincangan dalam tiga modul yang disampaikan adalah menyentuh topik : (i) Perkembangan Dan Kemajuan Dalam Perbankan Dan Kewangan Islam (ii) Konsep Dan Prinsip Syariah Dalam Perbankan Dan Kewangan Islam (iii) Sumbangan Dan Peranan Pasaran Modal Islam Dalam Pembangunan Sistem Perbankan Dan Kewangan Islam, serta sebuah forum yang menyentuh Isu-Isu Perbankan Dan Kewangan Islam Dalam Era Globalisasi.

Perkembangan Dan Kemajuan Dalam Perbankan Dan Kewangan Islam meliputi imbasan sejarah perbankan Islam yang dipengaruhi oleh faktor-faktor luaran dan dalaman.Ia juga menyentuh dasar-dasar utama atau strategi yang dilaksanakan, perkembangan berkaitan yang melibatkan sektor-sektor lain dalam ekonomi, lanskap kewangan Islam dan usaha-usaha di peringkat antarabangsa.

Konsep Dan Prinsip Syariah Dalam Perbankan Dan Kewangan Islam menyentuh aspek-aspek syariah yang menjadi landasan dalam pengoperasian sistem perbankan Islam. Dihuraikan juga kontrak-kontrak serta syarat-syarat dalam setiap jenis produk yang ditawarkan dalam sistem perbankan Islam.

Sumbangan Dan Peranan Pasaran Modal Islam Dalam Pembangunan Sistem Perbankan Islam menekankan pasaran modal Islam sebagai salah satu cabang produk yang ditawarkan dalam sistem perbankan Islam serta ciri-ciri pembangunannya. Ia juga dilihat dari segi sumbangan dan peranannya dalam pembangunan sistem perbankan Islam secara menyeluruh.

Forum: Isu-Isu Perbankan Dan Kewangan Islam Dalam Era Globalisasi mengenengahkan hujah-hujah para penceramah dari pelbagai sektor dengan dipengerusikan oleh seorang pengerusi yang didatangkan khas dari institusi perbankan utama di Malaysia. Forum ini menyentuh secara keseluruhan sistem perbankan dan kewangan Islam di Malaysia dari segi peranannya, perlaksanaan dan penggunaan serta penerimaan di kalangan masyarakat Malaysia.

Dalam setiap kertas kerja yang dibentangkan, para peserta diberi peluang untuk mengupas pelbagai persoalan yang menyelaputi sistem perbankan Islam bagi memantapkan kefahaman mereka. Ia juga bertujuan mengenalpasti apakah reaksi para pengguna ke atas sistem perbankan Islam dan diharap pihak bank serta institusi kewangan yang menawarkan sistem perbankan Islam dapat mengambil peluang ini untuk memantapkan lagi perkhidmatan yang ditawarkan.

Akhir sekali, sekalung budi diucapkan kepada (i) semua pihak penaja sama ada berbentuk kewangan, barangan mahupun perkhidmatan (ii) para penceramah yang telah menyediakan dan membentangkan kertas kerja (iii) sekretariat penganjuran seminar untuk kerjasama yang cemerlang (iv) para peserta bagi penyertaan yang aktif di dalam perbincangan untuk menyediakan maklum balas yang sewajarnya (v) sekretariat yang membantu dalam penyediaan prosiding ini (vi) dan akhir sekali kepada semua pihak yang turut menjayakan seminar ini sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Editor

PERKEMBANGAN DAN KEMAJUAN DALAM PERBANKAN
DAN KEWANGAN ISLAM


En. Rustam Mohd. Idris


PENGENALAN


Sistem perbankan Islam telah ditubuhkan untuk menggantikan kepada sistem konvensional yang sedia ada. Secara amnya, sistem perbankan Islam telah berkembang sejak tahun 1983 di bawah Akta Bank Islam 1983. Sistem ini diwujudkan ekoran daripada keperluan kepada sistem perbankan Islam. Agenda yang akan dibincangkan di dalam tajuk ini ialah mengenai pengalaman Malaysia iaitu imbasan sejarah perbankan Islam di Malaysia, dasar-dasar utama atau strategi yang dilaksanakan, perkembangan berkaitan yang melibatkan sektor-sektor lain dalam ekonomi, landskap kewangan Islam dan usaha-usaha di peringkat antarabangsa.

a) Pengalaman Malaysia

Sejarah awal perbankan Islam di Malaysia telah dipengaruhi oleh faktor-faktor luaran dan dalaman. Faktor-faktor luaran adalah dengan tertubuhnya Bank Islam yang pertama iaitu Dubai Islamic Bank di Dubai U.A.E dan Bank Pembangunan Islam (IDB) di Arab Saudi pada tahun 1975.

Pada tahun 1976 hingga 1985, penubuhan secara pesat institusi kewangan secara Islam di seluruh dunia. Langkah-langkah ini diikuti oleh beberapa negara Islam seperti Sudan, Pakistan dan Iran dengan menukarkan sistem perbankan kepada sistem perbankan Islam.

Faktor dalaman juga memainkan peranan yang penting dalam pengoperasian sistem perbankan Islam. Ianya disebabkan oleh gesaan masyarakat Islam di Malaysia ke arah penubuhan bank Islam ekoran kejayaan bank-bank Islam di Timur Tengah.

Di samping itu, ia juga dapat dilihat menerusi kejayaan Lembaga Tabung Haji sebagai institusi kewangan yang disegani yang telah terbukti kejayaannya yang merupakan institusi simpanan Islam.

Selain daripada itu, ianya juga disebabkan oleh kesedaran dan sikap pro-aktif kerajaan Malaysia untuk menyediakan satu saluran perbankan alternatif kepada umat Islam.

Kesemua faktor-faktor ini telah membawa kepada beberapa perkara penting yang telah dilaksanakan. Antara pelaksanaan yang telah dilakukan ialah penggubalan Akta Bank Islam 1983, penggubalan Akta Pelaburan Kerajaan 1983 dan penubuhan Bank Islam pertama di Malaysia pada tahun yang sama.



b) Akta Bank Islam 1983 (ABI)

Akta Bank Islam 1983 telah memberi kuasa kepada BNM untuk mengawalselia dan memantau bank-bank Islam. Antara ciri-cirinya ialah lesen perbankan universal kepada Bank Islam untuk menjalankan urusan perbankan Islam yang tidak bertentangan dengan syariah.

BNM juga perlu menjalankan pemeriksaan on-site secara berterusan iaitu dengan mengaudit setiap urusan perbankan Islam.

BNM juga perlu membuat penilaian dan kelulusan akaun tahunan bagi bank-bank Islam termasuk pembukaan cawangan-cawangan baru.

ABI juga memberi penekanan di atas pematuhan kepada keperluan pengawal seliaan iaitu seperti CAR, SRR dan LRR.

Bank-bank Islam juga perlu mengemukakan data statistik secara berterusan kepada BNM. Bukan itu sahaja, bank-bank Islam perlu menubuhkan jawatankuasa dalaman syariah dalam setiap penubuhannya.

c) Akta Pelaburan Kerajaan 1983 (APK)

Akta ini membolehkan kerajaan mengeluarkan sijil atau bon Pelaburan Kerajaan berdasarkan prinsip Islam.

Tujuannya supaya membolehkan bank-bank Islam mematuhi keperluan mudah tunai dan melabur lebihan dana yang tidak digunakan secara sementara.

Antara jenis bon kerajaan yang dikeluarkan setakat itu ialah Sijil Pelaburan Kerajaan (SPK) yang ditubuhkan sejak 1983 berdasarkan konsep Qardhul Hasan.

d) Penubuhan BIMB pada tahun 1983

Penubuhan BIMB dalam bulan Julai 1983 sebagai Bank Islam pertama merupakan langkah awal atau peringkat pertama perbankan Islam.

Operasi-operasi BIMB dari tahun 1983 hingga 1992 telah dianggap sebagai tahun-tahun monopoli kerana keputusan kerajaan untuk memberi tempoh 10 tahun kepada BIMB untuk berkembang, membenarkan BIMB beroperasi tanpa saingan yang boleh menjejaskan pertumbuhannya dan yang terakhir sekali memberi peluang kepada Bank Islam mencipta sebanyak mungkin produk perbankan Islam.

Manakala pada tahun 1990 pula, BNM telah menggariskan wawasan untuk mewujudkan satu sistem kewangan Islam yang komprehensif dan beroperasi sebelah menyebelah dengan sistem kewangan konvensional.




e) Sistem Dwi Perbankan

Sistem Dwi Perbankan telah dipecahkan kepada dua pernyataan visi. Pernyataan visi yang pertama pada tahun 1990 di mana ia mewujudkan satu sistem kewangan Islam yang komprehensif seiring dengan sistem kewangan konvensional.
Pernyataan visi yang kedua pula ialah pada tahun 2001 di mana ia mewujudkan satu sistem kewangan Islam yang cekap, berkembang maju dan komprehensif yang dapat menyumbang kepada keberkesanan dan kecekapan sektor kewangan Malaysia dalam mencapai keperluan ekonomi negara.

Sistem ini wujud disebabkan oleh sesebuah bank Islam tidak mencerminkan satu sistem perbankan kerana ia memerlukan peserta-peserta yang ramai ekoran daripada produk-produk yang banyak.

Dengan itu, umat Islam di Malaysia akan mempunyai pilihan untuk menggunakan sistem perbankan yang selaras dengan agama mereka.

Bukan itu sahaja, ianya dapat menyediakan satu perbankan alternatif yang baru dan lebih luas kepada rakyat yang membolehkan masyarakat membuat pilihan produk secara Islam atau konvensional.

Sistem Dwi Perbankan juga ditubuhkan ekoran daripada penubuhan perantara-perantara kewangan yang baru untuk menyokong Sistem Dwi Perbankan di mana senarai produk kewangan Islam akan menjadi lebih komprehensif.

Akhir sekali, tahap kecanggihan produk dan perkhidmatan yang lebih tinggi dalam era Teknologi Maklumat dan persekitaran berasaskan ilmu pengetahuan dapat merangsangkan Sistem Dwi Perbankan.


DASAR-DASAR UTAMA

Pada tahun 1993, sistem perbankan Islam telah membuat satu pengenalan Skim Perbankan Islam (SPI) bagi Fasa 2. Skim Perbankan Islam ini sepanjang tempoh 1993 hingga 2000 telah mengambil langkah-langkah atau dasar-dasar yang utama dengan cara menubuhkan pasaran wang secara Islam, menzahirkan kewangan dengan sasaran 5 % serta memperluaskan cawangan perbankan Islam. Di samping itu ditubuhkan Majlis Penasihat Syariah sepusat dan Penubuhan Bank Islam yang ke 2 iaitu Pelan Induk Perbankan Islam dan Takaful. Di BNM juga terdapat Jabatan Perbankan Islam dan Takaful yang ditubuhkan.

a) Skim Perbankan Islam

Sebahagian daripada strategi untuk membangunkan sistem perbankan Islam ialah dengan mewujudkan jumlah peserta yang ramai. Antara kaedah yang paling berkesan untuk menyebarkan perbankan Islam kepada orang ramai ialah dengan menggunakan kos yang paling rendah dalam tempoh yang paling singkat. Di bawah SPI, institusi perbankan konvensional dibenarkan menawarkan produk perbankan Islam dengan menggunakan prasarana yang sedia ada. BNM telah menggariskan panduan SPI di bawah BAFIA antara lain, seksyen 32 tidak membenarkan berurusniaga barangan yang haram seperti arak dan judi. Seksyen 124 pula telah memberi laluan kepada bank konvensional untuk menjalankan aktiviti perbankan Islam di bawahbahagian perbankan Islam. Skim ini bersifat voluntary dan tertakluk kepada semua garis panduan BNM.

b) Ciri-ciri Skim Perbankan Islam (SPI)

SPI ini adalah aktiviti sukarela dan BNM tidak memaksa semua bank menyertainya. Skim ini bersifat voluntary. Sekiranya bank konvensional menyertai SPI, mereka mestilah mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh BNM. Antara garis panduan yang telah ditetapkan oleh BNM ialah bank dikehendaki menubuhkan `Islamic Banking Division (Bahagian Perbankan Islam) dan mestilah diketuai oleh kakitangan Islam sekurang-kurangnya Penolong Pengurus Besar. Sementara itu, bank SPI mesti memperuntukkan dana perbankan Islam sebagai modal kerja bagi perbankan Islam.

Bank-bank SPI hendaklah mempunyai akaun semasa atau penjelasan secara Islam yang berasingan dengan BNM. Manakala kod keahlian bagi pemegang akaun SPI juga berasingan dalam RENTAS (Real Time Electronic Transfer of Funds and Securities). Terdapat juga sistem penjelasan cek yang berasingan dalam SPICK (Sistem Penjelasan Imej Cek Kebangsaan). Bank SPI juga mestilah mempunyai pelaporan statistik yang berasingan dalam FISS (Financial Institutions Statistical System).

c) Bank-bank Skim Perbankan Islam (SPI) dan Produk

Kini bilangan bank SPI yang terdapat di Malaysia adalah sebanyak 9 kumpulan perbankan tempatan, Bank perdagangan : 9, Syarikat Kewangan : 8, Bank Saudagar : 5, Bank Asing : 4, Syarikat diskaun : 7 dan jumlah kaunter SPI adalah sebanyak 2,200 kaunter.

Bilangan produk pula mencapai angka lebih daripada 30 produk. Antaranya produk pengambilan deposit iaitu akaun semasa, akaun simpanan dan akaun pelaburan. Manakala produk pembiayaan pula terdiri daripada produk pembiayaan runcit, pembiayaan korporat dan pembiayaan perdagangan. Semua perkhidmatan di SPI adalah berdasarkan kepada yuran dan ia adalah sama dengan perkhidmatan perbankan biasa.

d) Langkah-langkah dasar utama yang diambil

1) Pasaran Wang Secara Islam

Pasaran wang secara Islam adalah pasaran yang pertama di negara ini di mana ia telah ditubuhkan pada bulan Januari 1994. Di dalam pasaran wang secara Islam ini terdapat dua komponen yang utama, iaitu;

i) Pelaburan Mudharabah Antara Bank
Pelaburan jenis ini membolehkan bank yang mempunyai lebihan dana melabur dalam bank yang kekurangan dana berdasarkan konsep Mudharabah. Biasanya tempoh matang pelaburan adalah sehingga 1 tahun dari tarikh mula melabur dan nisbah perkongsian untung telah dipersetujui bersama.

ii) Urusniaga nota Islam
Antara jenis nota yang ada di pasaran ialah IAB (Bil Pertukaran Islam/Islamic Accepted Bill) IDS, ICPs, INIs, BMC (Bon Mudharabah Cagamas) dan GII. Pada November 2000, BNM telah mmeperkenalkan instrumen baru iaitu Nota Boleh Niaga berdasarkan Bai Al-Inah, kaedah menjual sesuatu barang dengan harga tangguh kemudian membelinya balik daripada pembeli secara tunai dengan harga yang kurang daripada harga jualan.

Pasaran wang secara Islam telah mencatatkan pertumbuhan yang tinggi daripada RM2.1 billion pada tahun 1994 meningkat kepada RM301.9 billion pada akhir Disember 2000. Manakala jumlah urusniaga harian di antara RM3b RM4b.

2) Penzahiran Kewangan

Bank SPI merupakan model laporan kewangan di mana laporannya memasukkan penzahiran operasi perbankan Islam sebagai subset laporan utama. Contohnya Kunci Kira-kira dan Penyata Untung Rugi bagi operasi perbankan Islam dilaporkan di dalam Nota Akaun bagi memudahkan pendeposit atau pelabur membuat keputusan dan menilai prestasi SPI melalui jumlah aset, deposit dan pembiayaan perbankan Islam.

3) Sasaran 5 % oleh Bank Negara Malaysia

BNM telah memberi garis panduan kepada sektor perbankan Islam untuk menguasai pasaran dari segi aset sekurang-kurangnya 5 % sebelum akhir tahun 2000. Menjelang akhir 2000, industri perbankan Islam telah mencapai lebih daripada sasaran iaitu 6.9 % dan ini menunjukkan peningkatan terhadap pertumbuhan ekonomi seterusnya dalam sektor perbankan Islam.

4) Cawangan Perbankan Islam

BNM berhasrat untuk menambahkan lagi cawangan perbankan Islam di mana sektor ini memberi keuntungan yang lumayan. Justeru itu, BNM menggalakkan bank-bank SPI supaya membuka cawangan perbankan Islam sepenuhnya di mana sebanyak 9 cawangan SPI telah dibuka dan beroperasi di 122 cawangan bank-bank Islam.

5) Majlis Penasihat Syariah Sepusat

Bagi memastikan institusi perbankan Islam ini konsisten dan seragam maka BNM telah mengambil langkah menubuhkan Badan Penasihat Syariah Sepusat pada Mei 1997 bagi mengawasi dan mengawalselia SPI berada dalam landasan syariah Islam. Pada tahun 1997 juga BNM telah menubuhkan badan syariah yang terulung di Malaysia untuk industri perbankan Islam dan takaful yang terdiri daripada para ulama, ahli akademik dan pakar perbankan Islam. Dalam hal ini, Majlis Penasihat Syariah BNM saling bekerjasama dengan Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti.

6) Bank Islam Kedua

Langkah dasar utama yang diambil adalah menubuhkan Bank Islam Kedua yang mula beroperasi pada 1 Oktober 1999. Penubuhannya adalah berikutan penggabungan BBMB dan BOCB. Kesemua asset perbankan Islam BOCB, BBMBK (Syarikat Kewangan) dipindahkan ke BBMB. Manakala asset konvensional BBMB dan BBMBK dipindahkan pula ke BOCB. Kini BBMB telah ditukarkan nama kepada Bank Muamalat Malaysia Berhad. Di mana Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) telah menyerahkan lesen BAFIA dan kemudian dilesenkan semula di bawah Akta Perbankan Islam. Seramai 1,000 orang kakitangan BBMB, BOCB dan BBMBK diserapkan ke BMMB. Dengan modal berbayar berjumlah RM300 juta dengan pembukaan 40 buah cawangan peringkat permulaan.

7) Pelan Induk Perbankan Islam dan Takaful

Langkah dasar utama yang diambil adalah menubuhkan pelan induk perbankan Islam dan Takaful yang merupakan salah satu bahagian dalam Pelan Induk Sektor Kewangan yang dilancarkan pada 1 Mac 2001 dan satu lagi bab khusus untuk perbankan Islam dan Takaful. BNM telah menggariskan pelan yang strategik untuk perbankan Islam dan takaful untuk tempoh 10 tahun akan datang.

8) Penubuhan Jabatan Perbankan Islam dan Takaful (JPIT)

Sebagai langkah mewujudkan dasar-dasar utama maka ditubuhkan Jabatan Perbankan Islam dan Takaful pada 2 Oktober 2000 untuk mencapai objektif peningkatan penembusan pasaran perbankan Islam dan takaful dalam sistem kewangan di Malaysia.

JPIT bertanggungjawab untuk merangka pelan strategik dan polisi-polisi yang sesuai untuk perbankan dan kewangan Islam yang berlandaskan syariah Islam.



PERKEMBANGAN BERKAITAN PERBANKAN DAN KEWANGAN ISLAM


Kejayaan pelaksanaan Perbankan Islam memberi kesan limpahan kepada pasaran kewangan dan lain-lain pengantara kewangan. Pasaran dan pengantara kewangan itu adalah:-
a) Syarikat-Syarikat Takaful
b) Pasaran Modal Islam
c) Ekuiti Modal Islam
d) Pasaran Kewangan Antarabangsa Islam
e) AIBIM (Association of Islamic Banking Institutions In Malaysia)
f) IBFIM (Islamic Banking and Finance Institute Malaysia)
a) Syarikat- syarikat Takaful

Syarikat-Syarikat Takaful yang ada pada masa sekarang adalah untuk melengkapkan operasi bank-bank Islam dan institusi-institusi perbankan Islam. Syarikat-syarikat takaful ini dikawalselia di bawah perundangan yang berbeza dengan perbankan Islam iaitu, Akta Takaful 1984. Syarikat Takaful yang pertama ditubuhkan adalah pada tahun 1984. Berikut adalah perkembangan terkini sektor takaful:-

1) Terdapat dua syarikat takaful, iaitu Syarikat Takaful Malaysia Berhad (STMB) dan Takaful Nasional Sendirian Berhad (TNSB)
2) Takaful keluarga dan takaful am menunjukkan pertumbuhan yang pesat iaitu, pertumbuhan tahunan sebanyak 68% dari tahun 1986 2000.
3) Jumlah takaful keluarga dan takaful am adalah di antara RM 2 juta pada tahun 1986 dan RM 1.2 bilion pada tahun 2000


b) Pasaran Modal Islam

Pasaran Modal Islam ini di bawah seliaan Suruhanjaya Sekuriti (SS) berjaya diwujudkan ekoran kejayaan sistem perbankan Islam. Elemen-elemen yang terdapat di bawah Pasaran Modal Islam ini adalah, Pasaran Ekuiti dan Pasaran Hutang Islam. Di bawah Pasaran Ekuiti terdapat Amanah Saham Islam, Indeks Islam BSKL, Kaunter Halal (MPS SS), Firma broker saham secara Islam dan Jendela broker saham Islam. Manakala, untuk Pasaran Hutan Islam pula, terdapat Bon Islam, Nota Dagang Islam, Bon Khazanah (bon tanda aras) dan Bon Mudharabah Cagamas. Pasaran Hutang Islam ini meliputi 28.5% daripada pasaran hutang swasta.

c) Pasaran Ekuiti Amanah Saham dan Broker Saham Islam

Terdapat 17 tabung Amanah Saham secara Islam di pasaran pada akhir 31 Mac 2000. Tiga tabung amanah ini dipegang oleh kerajaan dan 14 tabung lagi dipegang oleh pihak Swasta. Jumlah dana yang terkumpul adalah sebanyak RM 6.0 bilion.
Untuk Broker Saham Islam pula, terdapat sebuah firma broker saham Islam dan tiga jendela broker Saham Islam oleh syarikat-syarikar broker saham konvensional. Broker Saham Islam ini bertindak sebagai broker untuk membeli dan menjual saham yang telah disahkan oleh Majlis Pengawasan Syariah Suruhanjaya Sekuriti (MPS SS)

d) Indeks Islam BSKL

Telah diperkenalkan pada April 1999. dan berfungsi adalah untuk menjejaki prestasi saham-saham yang berlandaskan syariah di dalam BSKL. Ianya dibina daripada kaunter-kaunter yang diluluskan oleh MPS Suruhanjaya Sekuriti. Pada 27 April 2001, kira-kira 627 atau 78% daripada sekuriti-sekuriti yang diluluskan tersenarai di dalam BSKL.




e) AIBIM dan IBFIM

AIBIM (Association of Islamic Banking Institutions In Malaysia Islamic Banking Institutions In Malaysia) terdiri daripada Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) dan sistem perbankan Islam yang lain-lain. AIBIM merupakan pertubuhan institusi-institusi perbankan Islam di Malaysia. Ianya ditubuhkan bertujuan untuk mengemaskini dan memantapkan lagi operasi perbankan Islam di Malaysia. Di samping itu, ianya juga menyeragamkan operasi sistem perbankan Islam di bank-bank Islam. AIBIM juga bertindak sebagai platfom untuk menyuarakan pandangan atau isu perbankan Islam secara kolektif khususnya kepada Bank Negara Malaysia (BNM)

IBFIM (Islamic Banking and Finance Institute Malaysia) adalah institut latihan untuk perbankan Islam dan syarikat kewangan Islam di Malaysia. IBFIM pada asalnya adalah BIMB Research and Training (BIRT), telah ditukar kepada IBFIM secara rasminya pada Februari 2001 dan juga dimiliki oleh seluruh industri Perbankan Islam. Matlamat utama IBFIM adalah untuk melahirkan golongan yang pakar dalam perbankan konvensional dan perbankan Islam serta syariah.


LANSKAP KEWANGAN ISLAM


Mengikut perancangan yang telah dibuat oleh SPI, Bank Islam merupakan bank yang terbesar menguasai 20 % daripada saham perbankan dan insuran yang kukuh pada tahun 2001. Institusi Perbankan Islam dan syarikat Takaful akan kukuh dan mempunyai modal yang besar iaitu RM10 billion. BNM telah merangka pengawalan syariah yang lengkap dan menubuhkan institusi perundangan yang khusus untuk kewangan Islam. Maka, sekumpulan individu dan pasukan pengurusan yang terlatih dan berkaliber akan dipilih supaya Malaysia akan menjadi pusat kewangan Islam yang terulung di rantau ini (Rujuk lampiran V).


PERKEMBANGAN GLOBAL INDUSTRI KEWANGAN ISLAM


Untuk mencapai perkembangan yang lebih kukuh dan komprehensif di dalam industri perbankan Islam, peningkatan kerjasama yang erat dan komitmen antara negara-negara Islam adalah diperlukan. Disamping itu juga, sumbangan dan penyertaan oleh negara-negara Islam diperlukan untuk menghubungkan jurang antara negara-negara Islam di dalam perkembangan industri perbankan Islam dalam negara mereka. Keseragaman pasaran dan kehematan perbankan dan kewangan Islam boleh diperbaiki lagi untuk menjadikan perbankan dan kewangan Islam satu pasaran yang telus.

Malaysia pada hari ini, menjadi penyumbang utama kepada perkembangan perbankan dan kewangan Islam di peringkat antarabangsa. Ini kerana, Malaysia mempunyai struktur sistem Perbankan dan kewangan Islam yang tersusun. Malaysia juga telah merumuskan strategi jangka pendek dan jangka panjang yang sesuai dalam menghasilkan struktur kewangan Islam yang telah ditetapkan agar ianya lebih kukuh dan komprehensif.


USAHA-USAHA DI PERINGKAT ANTARABANGSA


a) Labuan sebagai Pusat Kewangan Islam Antarabangsa (LOFSA)

Usaha sedang giat dijalankan untuk menjadikan Labuan sebagai Pusat Kewangan Islam serantau. Ianya dimulakan dengan penubuhan pasaran kewangan Islam antarabangsa secara usahasama dengan Bank Pembangunan Islam (IDB) dan juga bank-bank pusat terpilih. Perjanjian Persefahaman (MoU) telah ditandatangani antara IDB, Bahrain Monetary Agency, Bank of Sudan, Bank Indonesia dan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan dan dijangka akan dilancarkan pada akhir tahun 2001.


b) International Islamic Financial Market (IIFM)

Bank Negara Malaysia, LOFSA, Bank-bank Islam, dan beberapa buah bank pusat sedang aktif mengadakan mesyuarat pada tahun lepas untuk menubuhkan IIFM. IIFM akan ditubuhkan untuk menggalakan penjanaan mudah tunai dan instrumen kewangan di kalangan bank-bank Islam di peringkat antarabangsa. Ini kerana, pada ketika ini bank-bank Islam di antarabangsa tidak mempunyai pasaran wang secara Islam. Hanya Malaysia sahaja yang mempunyai pasaran wang secara Islam. IIFM membuka peluang-peluang pelaburan dan menggerakkan dana-dana Islam secara aktif. Terdapat dua model yang terlibat :-
i. IIFM di peringkat Malaysia
ii. LMC (Liquidity Management Center) yang dibangunkan di Bahrain.
Diharapkan penubuhan IIFM dapat menyelesaikan masalah yang dialami oleh bank-bank Islam, khususnya dalam pelaburan produk tunai.


c) Islamic Financial Services Organization (IFSO)

Dalam tempoh satu atau dua tahun lagi, IFSO akan ditubuhkan sebagai sebuah organisasi antarabangsa untuk menyelaraskan dan menyeragamkan sistem pengawalan dan penyediaan berhemat untuk institusi kewangan Islam. Pelarasan ini penting kerana negara Islam kini menggunakan piawaian yang berbeza sehingga menyukarkan sistem perbankan Islam digunakan untuk perdagangan. Oleh yang demikian, IFSO mengeluarkan standard yang sama untuk sistem perbankan Islam. Penubuhan IFSO bukan sahaja membantu memantapkan perbankan Islam, malah membolehkan negara Islam yang mempunyai banyak wang, menyimpan melalui sistem perbankan Islam.
Struktur IFSO terdiri daripada:-
i. Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam (IFSB)
ii. Jawatankuasa Teknikal
iii. Sekretariat
Diharapkan penubuhan IFSO dapat menjadi satu badan untuk mengawalselia sistem perbankan dan kewangan Islam dan juga dapat memberi manfaat kepada semua.


d) AAOIFI (Accounting and Auditing Organization of Islamic Financial Institutions)

AAOIFI ditubuhkan untuk memajukan piawai perakaunan dan pengauditan bagi institusi kewangan Islam. Setakat ini, hanya Bahrain dan Sudan yang mengaplikasikan AAOIFI di dalam kewangan mereka. AAOIFI telah menerbitkan 12 garis panduan termasuklah standard perakaunan kewangan dan juga kod etika untuk para perakaunan dan juruaudit bank-bank Islam dan institusi-institusi kewangan AAOIFI beribupejabat di Bahrain.


e) IRTI (Islamic Research and Training Institute)

IRTI yang beribupejabat di Jeddah ditubuhkan sebagai satu organ IDB untuk melakukan penyelidikan dan menyelia institut latihan dan pendidikan ekonomi Islam dan kewangan Islam. IRTI menganjurkan persidangan dan seminar untuk meningkatkan tahap kesedaran pasaran dan untuk menggalakan kewangan Islam lebih telus.


f) IIRA (International Islamic Regional Agency)

IIRA akan ditubuhkan sebagai agensi penarafan antarabangsa bagi institusi kewangan Islam dan produk-produk kewangan Islam. IIRA juga dijangka ditubuhkan di bawah naungan Bank Pembangunan Islam (IDB)


ISU BERKAITAN SISTEM PERBANKAN ISLAM


1. Sistem Perbankan Islam yang dijalankan oleh Bank Konvensional tidak memperuntukkan SRR (Statutory Reserve Requirements) di Bank Negara Malaysia (BNM). Keadaan ini memberi keburukan kepada Bank Islam kerana jumlah dana yang digunakan adalah terhad. Apabila bank konvensional menawarkan produk perbankan Islam, SRR ditampung oleh bank konvensional itu sendiri.

Dalam masalah ini, BNM belum membuat perbezaan SRR antara Sistem Perbankan Islam dan Bank Konvensional. Kewajaran kepada perbezaan SRR untuk kedua-dua sistem ini belum dapat dipastikan kerana jika SRR dilaksanakan untuk sistem perbankan Islam sahaja, ianya masih diperingkat kajian kerana ia perlu mengkaji fakfor-faktor kepada sistem perbankan Islam dan mengambil kira keburukan kepada BNM. Contohnya, setiap RM 1 di dalam Bank Islam, memberi nilai 4 sen di BNM.

2. Sistem Perbankan Islam telah menawarkan pelbagai produk-produk perbankan Islam di pasaran. Tetapi, sesetengah produk yang ditawarkan tidak diterangkan secara teliti dan terperinci oleh pihak bank. Ini menimbulkan kekeliruan kepada mereka yang tidak memahami secara keseluruhan.

Sebagaimana yang telah difahami, setiap produk perbankan Islam mendapat kelulusan BNM. Setakat ini, BNM telah menubuhkan dua jawatankuasa perunding yang khusus kepada peserta-peserta industri. Dua jawatankuasa tersebut adalah, Jawatankuasa Pembangunan Pasaran (Committee of Market Development) dan Jawatankuasa Penyelidikan Pasaran (Committee of Market Research). Jawatankuasa ini ditubuhkan untuk menyelaraskan segala perkara-perkara yang berkaitan dengan isu dan produk sistem perbankan Islam. Pihak BNM memang menyedari terdapat kekeliruan tentang istilah perbankan Islam. Istilah perbankan Islam telah diseragamkan untuk mengatasi masalah tersebut. Ianya juga dapat diatasi di mana bank-bank sistem perbankan Islam itu sendiri mengambil inisiatif untuk menyelesaikan masalah. Manakala, BNM bertindak sebagai pemantau dari masa ke semasa.

3. Berhubung dengan syariah, terdapat perselisihan pendapat dalam konsep perbankan Islam. Isu yang dipertikaikan di sini ialah tindakan yang diambil oleh BNM untuk mengurangkan khilaf.

Merujuk isu khilaf di atas, memang terdapat Jawatankuasa Syariah di BNM. Tugas Jawatankuasa Syariah ini adalah untuk menggariskan isu-isu yang berlawanan, isu-isu yang berkaitan dengan syariah dan juga isu-isu bukan syariah berhubung dengan istilah sistem perbankan Islam. BNM sendiri tidak pasti sama ada isu-isu yang dibangkitkan itu adalah isu syariah atau isu operasi, tetapi ianya dikaitkan dengan syariah.





KONSEP-KONSEP DAN PRINSIP SYARIAH DALAM PERBANKAN DAN KEWANGAN ISLAM


Ustaz Mohd Bakir Haji Mansor


PENGENALAN


Konsep-konsep dan prinsip-prinsip syariah dalam perbankan dan kewangan Islam telah ditukar namanya kepada Kontrak-kontrak Dalam Perbankan dan Kewangan Islam. Ia ditukar setelah menerima kritikan dari OIC. Menurut OIC, konsep dan prinsip tidak wujud, yang ada hanyalah kontrak. OIC menegaskan lagi, istilah konsep dan prinsip tidak konkrit tetapi yang konkritnya adalah kontrak.

Kesemua kontrak-kontrak dalam perbankan dan kewangan Islam terdapat dalam kitab-kitab feqah dan telah dipersetujui oleh para ulamak. Ini berdasarkan pada firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah ayat 275 yang bermaksud:
Allah telah menghalalkan jualbeli dan mengharamkan riba.

Ayat tersebut menunjukkan bahawa urusan jualbeli pada umumnya adalah harus. Terdapat juga beberapa hadis lain yang menunjukkan jualbeli ini harus tetapi di dalam muamalat Islam terdapat banyak kontrak. Kebanyakan kontrak-kontrak yang diamalkan sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w., terlibat dengan perkara-perkara yang tidak direstui oleh Islam. Oleh itu kebanyakan akad-akad pada masa itu dibatalkan. Lebih kurang 15 hingga 20 akad sahaja kemudiannya telah dikenal pasti akadnya sah, harus dan halal untuk diamalkan. Walau bagaimanapun akad yang harus diamalkan ini tidak menjadi sah secara automatik.

Oleh itu, untuk memastikan akad-akad yang harus ini menjadi sah, akad-akad ini mestilah cukup rukun-rukun dan syarat-syaratnya. Maka adalah menjadi suatu kewajipan bagi umat Islam untuk memastikan kontrak-kontrak ini halal untuk diamalkan iaitu dengan membuang akad-akad yang diamalkan oleh masyarakat Arab Jahiliyah. Pada umumya, dalam muamalat perkara yang perlu dihindarkan adalah seperti penipuan, penindasan, khianat dan aktiviti jualbeli pada waktu yang sepatutnya beribadat.


PERKARA-PERKARA YANG DILARANG DALAM ISLAM


Untuk mengamalkan kontrak-kontrak dalam Islam, maka apa yang perlu dilakukan adalah dengan membuang lima perkara yang membatalkan sesuatu akad terlebih dahulu. Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut:

a) Membuat dan menjual barang-barang yang najis.
Contoh: bangkai, babi, anjing, arak, tahi, kencing.
Perkara yang najis jika terlibat dengan perniagaan maka hukumnya haram dan tidak sah.


b) Membuat barang-barang yang tidak bermanfaat dalam Islam.

Perkara-perkara yang tidak memberi manfaat kepada Islam, amalannya adalah tidak sah. Di dalam Islam barang ini tidak najis tetapi tidak bermanfaat.
Contoh: terdapat barang tertentu yang dibuat untuk menyembah selain dari Allah s.w.t. atau yang mendatangkan kelalaian hingga menyebabkan seseorang individu itu lupa untuk beribadat.

c) Gharar.

Gharar adalah suatu perkara yang tidak jelas. Perkara yang tidak jelas akan
membatalkan akad. Kesemua ulamak bersepakat bahawa di dalam semua akad jualbeli yang diamalkan dalam kehidupan harian, terdapatnya unsur gharar. Oleh itu para ulamak berusaha untuk menentukan apakah jenis gharar yang membatalkan akad.
Selepas kajian dilaksanakan, gharar terbahagi kepada dua, iaitu;

1) Gharar Fahish
Gharar fahish adalah gharar yang serius. Gharar ini membatalkan akad. Ia timbul dari tiga perkara yang disenaraikan di bawah:

i) Barang tidak ada
Ini berlaku sama ada penjual menipu atau pembeli tidak mengetahui sama ada barang tersebut ada atau sebaliknya.
Contoh: Barang cagaran dijual kepada orang lain sedangkan ia masih dimiliki oleh pemilik barang atau pemilik barang menjualkan barang kepada pembeli tetapi barang tersebut tidak dapat diserahkan kerana masih disimpan oleh pemegang cagar, maka hukumnya adalah tidak sah.

ii) Barangnya ada tetapi tidak dapat diserahkan; Atau

iii) Barang boleh diserah tetapi tidak sama spesifikasinya seperti yang dijanjikan. Pembeli berhak menolak dari menerima barang tersebut. Sekiranya pembeli menerima juga maka jualbeli tersebut adalah tidak sah.

2) Gharar Yasir
Gharar yasir tidak membatalkan akad. Jika terdapat gharar ini dalam muamalat maka muamalat tersebut adalah sah di sisi Islam.
Contoh: Peniaga menjual pisang embun kepada pembeli. Pembeli tidak tahu sama ada pisang yang dibeli itu elok atau tidak dan tekstur pisang-pisang tersebut juga tidak sama antara sebiji dengan sebiji yang lain. Maka ini adalah gharar yasir yang sah dalam Islam.





d) Riba
Riba bermaksud lebihan. Riba terbahagi kepada dua, iaitu;

1) Riba Duyun
Iaitu riba pinjam-meminjam yang timbul dari pinjaman wang. Riba duyun ini pula terbahagi kepada dua iaitu:
i) Riba Qardh (Riba pinjaman)
Riba Qardh timbul apabila faedah bagi pinjaman wang telah ditetapkan daripada mula lagi oleh pemiutang (creditor). Apabila pinjaman diberi, pemiutang mensyaratkan supaya penghutang (debtor) membayar lebih dari pinjaman pokok. Riba ini juga wujud sekiranya, semasa akad dibuat penghutang berjanji untuk membayar dengan jumlah yang lebih semasa dia menjelaskan hutang tersebut. Hukumnya adalah haram dan tidak sah.

ii) Riba Jahiliyah
Tidak ada janji atau syarat yang dibuat oleh pemiutang mahupun penghutang tetapi apabila penghutang gagal menjelaskan pinjaman pada waktu yang ditetapkan maka pemiutang akan mensyaratkan supaya menjelaskan suatu jumlah tambahan bagi pinjaman pokok yang telah diberi. Pada ketika ini riba ini disamakan dengan kad kredit.

2) Riba Buyu
Riba ini timbul apabila berlakunya pertukaran antara dua bahan ribawi dalam kategori yang sama jika tidak mengikut peraturan yang ditetapkan. Riba buyu khusus untuk bahan-bahan tertentu sahaja. Dalam istilah feqah bahan-bahan ini disebut bahan ribawi.
Bahan ribawi terbahagi kepada dua, iaitu medium pertukaran di mana dalam Islamnya yang asal mengikut jenis barang ialah emas dan perak termasuk matawang. Kedua,semua jenis makanan mengikut klasifikasi seperti gandum, beras, sekoi, sayuran, buah-buahan, daging, garam juga termasuk gula dan ubat-ubatan.

Riba buyu terbahagi dua, iaitu;
i) Riba Fadhl
ii) Riba Nasiaah

Kedua-dua jenis riba ini terlibat dengan bahan-bahan ribawi. Jika ditukar bahan ribawi ini sesama sendiri tanpa mengikut peraturan yang ditetapkan maka ia akan menjadi riba. Sekiranya bahan-bahan ini ditukar dengan bahan selainnya maka tidak menjadi riba.

Misalnya, beras ditukar dengan beras dan ayam dengan ayam. Maka adalah haram dan tidak sah hukumnya. Jika tukaran hendak dilakukan sesama sendiri maka timbangan atau jumlahnya mestilah sama dan penyerahan juga perlu berlaku serentak iaitu pada masa yang sama.

Bagaimana riba fadhl berlaku dapat dilihat melalui contoh berikutnya. Apabila 10 kilogram beras Basmathi ditukar dengan 15 kilogram beras A1 maka perbezaan yang 5 kilogram itulah riba Fadhl. Sekiranya sama pada timbangan tetapi penyerahannya tidak serentak maka ini adalah riba Nasiaah.

Contoh berikutnya; wang dan emas berada dalam kategori yang sama tetapi berlainan jenis. Maka boleh ditukarkan 10 mayam emas dengan RM340, RM380 atau RM400, dengan syarat penyerahannya mesti berlaku serentak. Jika serahan dibuat pada waktu yang lain maka akan menjadi riba Nasiaah. Hukumnya haram dan berdosa.

Di dalam sistem perbankan, jualbeli secara tangguh boleh diamalkan. Misalnya dalam aktiviti eksport dan import. Pengimport membeli daging dari Australia maka bank boleh membiayai dengan bayarannya dibuat secara tangguh. Kesimpulannya, apa saja bahan makanan jika dibayar dengan wang maka tiada lagi larangan dalam Islam.


d) Perjudian

Perjudian bukannya spekulasi. Spekulasi tidak haram kerana tiada barang sebagai taruhan. Perjudian ialah apabila ditetapkan aset sebagai sekuriti untuk mendapatkan sesuatu dan sekiranya apa yang dikehendaki itu tidak berjaya diperolehi maka aset yang diletakkan sebagai sekuriti itu akan hilang. Hukumnya adalah haram serta membatalkan akad.


MUAMALAT DALAM ISLAM


Setelah dibuang semua perkara-perkara yang dilarang iaitu yang lima di atas maka berikut adalah tiga kategori muamalat yang sah dan halal untuk diamalkan.

a) Akad-akad jualbeli (Trading Contracts)
b) Akad-akad pembentukan modal (Contracts of Profit Sharing)
c) Akad-akad sokongan (Supporting Contracts)

a) Akad-akad jualbeli

Berikut adalah beberapa transaksi biasa yang digunakan secara menyeluruh;

1) Jualan tunai (cash sales)
i) Jualan tunai
ii) Tukaran wang asing
iii) Tukaran antara bahan ribawi dari klasifikasi yang berbeza tapi dalam
yang sama, contohnya emas dengan wang, gandum dengan minyak sawit.

2) Jualan harga tangguh (deffered payment sales)
i) Bai al-Murabahah (cost plus)
ii) Bai al-salam
iii) Bai al-Istisna (sale by order)
iv) Al-Bai Bithaman Ajil (deferred payment sale)
v) Bai al-Istijrar (supply or whole sale financing)
vi) Bai al-Inah
vii) Bai al-Dayn (debt trading)
viii) Al-Ijarah (leasing)
ix) Al-kiraa wal-Iqtinaa (leasing then purchase)
x) Al-Qardh al-Hasan (benevolent loan)

b) Akad-akad pembentukan modal

1) Al-Musyarakah (joint venture profit sharing)
2) Al-Mudharabah (trustee profit sharing)
3) Al-Muzaraah (leasing of land for agriculture)
4) Al-Musaqat (watering of orchard)

Al-Musyarakah dan Al-Mudharabah boleh diaplikasikan untuk semua jenis perniagaan. Manakala Al-Muzaraah dan Al-Musaqat tidak diamalkan kerana ada banyak khilaf dari para ulamak.

c) Akad-akad sokongan

Syariah juga membenarkan akad-akad sokongan bagi memudahkan urusan perniagaan dan pergerakan modal. Akad-akad tersebut adalah:
1) Al-Rahnu (mortgage)
2) Al-Kafalah (guarantee)
3) Al-Wakalah (agency)
4) Al-Wadiah (safe custody)
5) Al-Hiwalah (transfer of debt)
6) Al-Ibraa (rebate)


RUKUN-RUKUN DAN SYARATSYARAT


Untuk menjadikan suatu kontrak itu sah maka suatu kontrak itu perlu cukup rukun-rukunnya dan setiap rukun itu perlu memenuhi syarat-syaratnya.

Rukun-rukun jualbeli:
a) Akad
b) Barang
c) Harga
d) Dua pihak yang berakad

Rukun-rukun dan syarat-syarat di bawah berdasarkan pada Majelle code of Islamic Law following the Hanafite school :

a) Akad Jualan
1) Akad : Penerimaan dan penawaran.

i) In definite and decisive language and absolute.
Art. 169 : For the offer and acceptance the past tense is generally used.

Art. 170 : By aourist tense like Alirim and Satarim if the present tense is meant, the sale is concluded, and if the future is meant, the sale is not completed.

Art. 171 : A sale is not concluded by words in the future tense, such as I will take, I will sell which mean merely a promise.

Art. 172 : A sale is also not concluded by words in the imperatives tense, such as sell, buy. But a sale is concluded by an imperative which of necessity indicates the present.

ii) The acceptance must agree with the offer.
Mjl. Art. 177 : If one of the contracting parties make an offer for something in any manner whatsoever, the other party must make the acceptance of it, so as exactly to correspond with the offer. He has no right to separate either the price or the subject matter of the sale.

iii) The contract must be made at the one and the same meeting.
(Mjl. Art. 183 : After the offer and before the acceptance, if one of the two parties gives an indication of dissent, whether by word or act, the offer becomes void, and there is no longer room for an acceptance.

Art. 185 : On new offer being made before acceptance, the fist offer becomes void, and consideration is paid to the second offer).

2) Barang
i) It must exist
(Mjl. Art. 177 : The existence of the thing sold is necessary).

ii) The thing sold must be capable of being delivered.
(Mjl. Art. 198 : It is necessary that the delivery of the thing sold be possible).

iii) The thing sold must be of value, and

iv) It must be of pure substance.
(Mjl. Art. 199 : It is necessary that the thing sold should be : mal mutaqawwim.

Art. 126 : Mal is a thing which naturally is desired by man, and can be stored for times of necessity.

Art. 127 : Mal mutaqawwim is a thing the benefit of which is permissible by law to enjoy).

v) The thing sold must be known.
(Mjl. Art.200 ; It is necessary that the thing sold should be known to the buyer.

Art. 201 : The thing sold becomes known by a description of its qualities and state, which will distinguish it from other things).

vi) The thing sold must be owned by the seller.
(Mjl. Art. 365 : In order that a sale may be nafiz, it is a condition that the seller should be the owner of the property sold, or agent, or natural or appointed guardian of the owner of the property, and that there should be no right in any one else).


3) Harga
It must be known in currency and the absolute amount.
(Mjl. Art. 237 : It is necessary that the price should be named at the time of the sale.
Art. 238 : It is necessary that the price should be known.

Art. 239 : The knowledge of the price comes by a statement of its description and amount if it does not come by seeing it when it is shown).

4) Dua pihak yang berakad

i) The two parties to the contract must be capable of taking responsibility.
(Mjl. Art. 361 : In the making of the sale, there is a condition, that the essence of the contract, should emanate from intelligent persons, that is to say, from reasonable persons, who possess judgement, and that they should attach to a subject of sale, which admits of the consequences of a sale.

Art. 957 : Infants, madman and people of unsound mind are of themselves prohibited from dealing with their property).

ii) The two parties to the contract must not be prohibited from dealing with their property ie, they must not be bankrupts and prodigals (safih).
(Mjl. Art. 958 : A person who is prodigal can be prohibited by the judge.

Art. 959 : A debtor also, on the application of his creditors, can be prohibited from dealing with his property by the judge).

iii) There is no coercion or compulsion exerted on either of the two parties
to the contract.
(Mjl. Art. 949 : Ikrah is of two sorts. The first sort is Ikrah mulgi. It leads to destruction of life in loss of a limb or one of them. It is the compulsion, which is by a hard blow. The second sort is Ikrah ghair mulgi. This causes only grief and pain. It is compulsion which is by things like a blow or imprisonment.

Art. 1006 : When they (transactions) take place in consequence of compulsion which is taken into consideration, an exchange of property, and a purchase, and a letting, and a conveyance, and a compromise about property, and an admission, and a postponement of a debt and causing of a right of preemption to cease, are not held good, whether the compulsion be mulgi or ghair mulgi. But if the person compelled give his consent after the compulsion has ceased, in that case thay are held good).



b) Akad Sewaan

Rukun-rukun dan syarat-syarat bagi kontrak sewa seperti berikut:
1) Pemberi sewa (lessor) - sama seperti penjual dan pembeli
2) Penyewa (lessee) - sama seperti penjual dan pembeli
3) Aset - milik pemberi sewa
4) Sewa - diketahui
5) Kegunaan - boleh dinilai
- pemberi sewa berkuasa untuk menggunakan dan menyewa aset.
- jangkamasa sewaan diketahui. Jika kegunaan aset itu lebih dari satu, maka jenis kegunaan perlu diketahui.
- Mendapat keizinan
- Bukan untuk menghasilkan barang.
6) Akad - Bahasa yang mudah dan boleh difahami.
- penerimaan mesti selari dengan tawaran.
- Penawaran dan penerimaan dilakukan serentak.


c) Bai Al-Inah

Perlu ada dua akad yang berbeza. Pertama, akad jualan dari bank kepada pelanggan di atas terma bayaran tangguh. Keduanya akad untuk membeli semula barang tersebut oleh bank dari pelanggan secara tunai.

Aset mestilah bukan dari bahan ribawi kerana kesemua bayaran dibuat dengan menggunakan wang.

Kedua akad tersebut perlu ada rukun-rukunnya dan setiap rukun tersebut perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

d) Bai Al-Dayn

Hutang yang wujud mestilah melalui akad jualan secara tangguh sama ada jualan barang atau perkhidmatan.

Barang tersebut mesti diserahkan, jika perkhidmatan perlu diberi.

Perniagaan hutang ini mestilah dalam bentuk tunai.

e) Al-Qardh al-Hasan

Dalam al-Qardh al-Hasan dua perkara berikut tidak boleh dilanggar, iaitu;
1) Pemberi pinjaman tidak boleh mengenakan sebarang bayaran tambahan di dalam akad yang dibuat.

2) Peminjam tidak boleh berjanji dalam akad yang dibuat untuk membayar sebarang bayaran tambahan.


f) Al-Mudharabah
Rukun-rukun dan syarat-syarat al-Mudharabah adalah seperti berikut:

1) Pemilik modal - (sama seperti pembeli dan penjual)
2) Pengusaha - (sama seperti pembeli dan penjual)
3) Modal - wang sahaja
- bukan hutang
- jumlah yang tepat
- dibayar kepada pengusaha
- dari pemilik modal sahaja
4) Perniagaan - mestilah halal
- diuruskan oleh pengusaha sahaja
5) Untung/Rugi - keuntungan mesti dibahagikan mengikut perjanjian.
6) Akad - (sama seperti sewaan)

Ciri-ciri lain adalah berdasarkan kepercayaan pemilik modal kepada pengusaha.
Modal tidak boleh digunakan untuk overhead dan keuntungan kasar yang diperolehi dikongsi bersama.


g) Sekuriti

Syariah membenarkan pemilik hutang untuk meminta sekuriti daripada penghutang.
Sekuriti tersebut dalam bentuk:
1) Al-Rahnu (Mortgage), dan
2) Al-Kafalah (guarantee)

Antara ciri-ciri Al-Rahnu adalah :
i) Penjualan harta cagaran adalah tidak sah.
ii) Harta cagaran boleh dijual dengan arahan dari mahkamah untuk membayar
hutang yang telah dibuat. Jika terdapat baki dari jualan harta cagaran tersebut, baki itu akan diserah kembali kepada penggadai.


h) Al-Wakalah

Dalam al-Wakalah seseorang wakil itu perlu menyatakan jumlah pokok di dalam transaksi-transaksi berikut:
1) Al-Hibah
2) Pinjaman
3) Jualan harga tangguh
4) Al-Wadiah
5) Al-Rahnu
6) Al-Musyarakah
7) Al-Mudharabah

i) Al-Wadiah
Terdapat 2 bentuk al-Wadiah:
1) Al-Wadiah Yad Amanah (Trustee Safe Custody)
2) Al-Wadiah Yad Dhamanah (Guaranteed Safe Custody)

Di bawah al-Wadiah Yad Amanah pemegang amanah perlu menjaga barang tersebut dari:
i) Barang / wang tersebut tidak bercampur aduk.
ii) Tidak menggunakan barang tersebut.
iii) Tidak mengenakan sebarang yuran.

Jika pemegang amanah itu gagal menjalankan tanggungjawabnya maka al-Wadiah Yad Amanah akan bertukar menjadi al-Wadiah Yad Dhamanah di mana dia perlu memulangkan barang tersebut kepada pemiliknya sekiranya barang itu hilang atau musnah.

j) Al-Hiwalah

Dalam al-Hiwalah hutang perlu dipindahkan dalam jumlah penuh dan pada tarikh matang

k) Al-Ibraa

Dua ciri penting al-Ibraa adalah:
1) Jumlah al-Ibraa mesti diketahui dan terperinci, dan
2) Apabila Ibraa diberi dan diterima adalah tidak sah dan dilarang sama sekali bagi pihak yang memberi untuk memintanya kembali.



ISU BERBANGKIT DALAM PERLAKSANAAN PERBANKAN ISLAM
DARI ASPEK SYARIAH


1. Memberi pinjaman kepada peminjam tanpa mengambil sebarang bayaran tambahan terutamanya kepada usahawan amat menguntungkan mereka. Terdapat beberapa kriteria yang membolehkan pinjaman seumpama ini terutamanya kepada usahawan melalui benevolent fund iaitu Al-Qardhu al-Hasan. Menurut kontrak al-Qardhu al-Hasan, bank tidak mengambil sebarang pulangan terhadap pinjaman tersebut. Sebagai contoh, jika peminjam meminjam RM 5000, maka dia hanya perlu membayar sebanyak RM 5000 juga.

Namun begitu, bank terpaksa mengambil sedikit caj perkhidmatan daripada pelanggan di atas khidmat yang diberikan dan kadar yang dikenakan adalah berpatutan. Contohnya, caj yang dikenakan adalah sebanyak RM53, namun bayaran yang perlu dibayar ialah RM50 sahaja. Pihak bank bercadang menggunakan kadar tetap (flat rate) berbanding menggunakan peratus kerana nilai komisen yang lebih rendah dan sama walaupun pinjamannya satu juta sekalipun.

2. Setelah membuat beberapa kajian di Bank Islam, ternyata terdapat beberapa perkhidmatan Bank Islam yang dijalankan menggunakan kontrak Al- Qardul Hasan walaupun tidak banyak. Seminar yang diadakan di London menunjukkan Al- Qardul Hasan bukanlah merupakan produk jualan tetapi lebih kepada kebajikan masyarakat sosial dan merupakan tanggungjawab sebagai sesama Islam. Tidak ada bank yang menjalankan perniagaan yang tidak mendatangkan untung kepadanya tetapi Al- Qardul Hasan merupakan salah satu cara bank membuat kebajikan kepada umat Islam yang benar-benar memerlukan.

3. Bank Islam tidak mengenakan sebarang tindakan terhadap peminjam yang tidak membayar hutang pinjaman kecuali membawa kes tersebut ke mahkamah, untuk tempoh kegagalan membuat bayaran yang melebihi 3 bulan, 6 bulan dan 12 bulan. Oleh itu, bank mengambil beberapa langkah bagi menangani masalah ini. Antara langkah yang diambil termasuklah mengambil deposit daripada peminjam sebagai jaminan. Jika peminjam tidak membayar bayaran bulanan selama 1 atau 2 atau 3 bulan, bank boleh mengambil duit deposit peminjam tersebut. Langkah lain ialah bank menaikkan lagi (mark up) supaya harga jualan menjadi lebih tinggi. Langkah ini diambil bertujuan untuk mengelakkan kegagalan membuat bayaran, dan cara ini diterima dan tidak melebihi industri perbankan walaupun kosnya tinggi.

4. Menurut Imam Syafie, najis tidak boleh diurusniagakan. Namun begitu, muamalat Islam merupakan hukum yang lebih ringan berbanding dengan perkara-perkara ibadat dan rukun nikah. Oleh itu pandangan mazhab Hanafi boleh diambil kira dengan syarat tidak boleh berbalik lagi kepada pandangan Imam Syafie khususnya mengenai urusniaga najis ini. Dalam teknologi sains hari ini, najis tidak dijual begitu sahaja sebaliknya diproses dan dijadikan amonia. Amonia merupakan campuran bersama dengan bahan kimia maka ia tidak lagi dikira sebagai najis.

5. Di dalam sebuah hadis ada menyatakan bahawa emas yang hendak ditukar mestilah sama banyak dengan nilai emas yang akan ditukarkan dengan kadar dan jumlah yang sama. Ini kerana terdapat 3 jenis emas yang berlainan iaitu emas 10 atau emas 916, emas 9 atau emas 835 dan emas paun atau emas 780 di mana masing-masing berharga RM 39, 35 dan 32. Islam tidak mengiktiraf penukaran emas mengikut penukaran emas yang dilakukan oleh orang-orang Islam dahulu yang kembali dari Mekah menukar emas 750 dalam 10 mayam dengan 10 mayam emas 916 adalah sah kerana sama kadar dan jumlahnya. Namun begitu, tidak ramai yang menerima cara tersebut. Untuk mengelakkan sebarang masalah, emas tersebut dijual dahulu dan wang daripada jualan emas tersebut boleh digunakan untuk membeli emas 916.










ROLES AND CONTRIBUTIONS OF THE ISLAMIC CAPITAL MARKET IN THE DEVELOPMENT OF THE ISLAMIC BANKING AND FINANCE SYSTEM


Wan Abdul Rahim Kamil Wan Mohamed Ali


INTRODUCTION


Internationally, Islamic banking and finance (Islamic Banking and Finance) has been around for more than 20 years but it was only in the 1990s that it has become a booming niche business with assets estimated at a conservative value of US$180.0 billion.

With more than 150 Islamic financial institutions sprawling from London, New York and Zurich to the Middle East and Asia, Islamic Banking and Finance has become an international institution a preferred system for many Muslims and a viable alternative for others.

The same can be said of the situation in Malaysia.

Today, Malaysia is renown for its Islamic Banking and Finance system and is among one of the very few countries that are blessed with a dual-mode financial system whereby the Islamic financial system runs parallel with the conventional financial system.

In this regard, credit must be given to the various regulatory authorities for their conscious, concentrated and dedicated efforts of turning the aspiration of having an Islamic financial system running alongside the conventional system into a reality.

Presently, the Islamic Banking and Finance system in Malaysia has grown since the gazetting of the Islamic Banking Act in 1983.

As at the end of last year, the total assets of the Islamic Banking and Finance system had seen almost 8 fold increase to approximately RM47.0 billion from a mere RM6.0 billion back in 1995.

a) Background

During the early development years of the Islamic financial system in Malaysia, the Islamic Capital Markets role was very minimal.

Instead, the Islamic Banking and Finance system, which began in the early 1980s, played a more prominent role in the said development of the Islamic financial system by virtue of their funding capacity for the Islamic economic activities.

Nevertheless, significant developments in the Islamic Capital Market and its contributions towards the development of the Islamic financial system were more obvious from the mid-1990s onward.

The Malaysian authorities had by then provided the necessary infrastructures and incentives to facilitate a more frequent usage of the Islamic Capital Market by both the corporate sector as well as the individual.

Amongst others, the infrastructures and incentives includes the establishment of the Islamic Money Market, the provision of tax-exemption incentives and the introduction of the Syariah approved list of securities i.e. halal securities for investment purposes.


b) Islamic Capital Market

At this juncture and before we proceed any further, it would be beneficial if I may briefly highlight the various components of the financial system in Malaysia as well as the location of the Islamic Capital Market.

The Malaysian financial system comprises the banking system, the non-bank financial institutions and the financial markets. It is within the financial markets sub-sector that both the conventional and Islamic capital markets are located.

Commonly, the capital markets are referred to as the markets for longer-term financial assets -- comprising all public and private debt instruments with maturity period exceeding 1 year, corporate stocks/ shares for which there are no fixed maturity periods including futures and options.

Accordingly, the Islamic Capital Market would have the same definition except that the financial assets are Syariah compliant.

In addition, I have excluded the market for futures and options when capital market is being referred to in this particular paper.

As for the term Islamic Banking and Finance System in the rest of this presentation, it refers to the conventional banks, merchant banks, finance companies and Discount Houses offering Islamic banking products as well as the two existing Islamic banks.


THE DEVELOPMENT OF THE ISLAMIC CAPITAL MARKET


The development of the Islamic Capital Market can be looked at from two distinct aspects. The first being the Islamic Equity Capital Market and secondly the Islamic Debt Capital Market.

a) Islamic Equity Capital Market

Prior to the availability of any form of infrastructures and clear guidelines pertaining to the permissibility i.e. halal of any equity securities, the Muslims in Malaysia have no alternatives to invest their hard earned monies.

Accordingly, their participation in development of the Islamic Capital Market in general and the Islamic Equity Capital Market in particular were restricted.

In light of this, the various regulatory authorities and market players responded by providing the necessary infrastructures and guidelines to ensure that the Muslims have a permissible alternative avenue for their investments which will eventually contribute to the development of the Islamic financial system in Malaysia as a whole.

During the early days, Bank Islam Malaysia Berhad, being the first Islamic bank in Malaysia, had taken the initiative to review and identify companies listed on the Kuala Lumpur Stock Exchange considered permissible for Muslims to invest in.

Their efforts were a significant event as it provided the much-needed break through for Muslims to participate in the stock market.

The break through was further boosted by the introduction of the Syariah Approved Securities list in June 1997 by the Securities Commissions Syariah Advisory Council.

The Syariah Approved Securities list contains a list of stocks that are listed on the Kuala Lumpur Stock Exchange of which Muslims can invest in. Currently, there are 606 stocks on the said list.
Besides the equity securities, the Securities Commissions Syariah Advisory Council had also approved other conventional market instruments such as call warrants and Transferable Subscription Rights for investments by Muslims.

In order to accommodate the possibility to participate in the stock market, various Islamic stock-broking services began to emerge with the first being BIMB Securities Sdn Bhd, which was established in 1994. In addition, there are also other conventional stockbrokers that had seized the opportunity to operate Islamic windows side-by-side with their conventional stock-broking services since then.

Presently, the Islamic Equity Capital Market has grown to a point where Muslim investors could allow professionals to manage their funds via the various Islamic Unit Trust Funds and Asset Management Companies.

As for benchmarking the performance of the Islamic Equity Capital Market, various indices were created. There are currently two main Islamic indices used by the various market participants namely, the RHB Islamic Index introduced in 1996 and the KLSE Syariah Index introduced in 1999.

All in all, the availability of the Syariah Approved List, the stock-broking services as well as the indices enables more participants, either individuals or corporate, to be involved in the Islamic Equity Capital Market.

This, we believe, will eventually lead to a more dynamic and mature market, which are prerequisites for the development of the Islamic financial system.



b) Islamic Debt Capital Market

The growing interest to source funding from the Islamic Debt Capital Market can be traced back to the early 1990s when major corporations such as Shell MDS Sdn Bhd, Sarawak Shell Berhad and Petronas Dagangan Berhad raised significant amount of funds from the Islamic Debt Capital Market.

The said funding exercises were mainly carried out via the issuance of Islamic debt securities akin to conventional bonds usually structured under the Syariah principles of Qardhul Hasan, Musyarakah and Al-Bai Bithaman Ajil.

Besides the major corporations, the Malaysian Government also issued Islamic debt instruments in the form of Government Investment Issue (formally known as Government Investment Certificates) to provide liquidity as well as to facilitate the management of assets in the Islamic Banking and Finance system.

The first issuance of the Government Investment Issue was carried out in 1983 upon the inception of Bank Islam Malaysia Berhad while the demand for these Islamic debt instruments increased significantly since March 1993 following the establishment of the Islamic windows and Interest Free Banking Scheme in Malaysia.

Subsequently, the Islamic Debt Capital Market was accorded further depth by the issuance of the first Mudharabah Bonds by Cagamas Berhad in 1994.

In a more recent development i.e. 1997, the Malaysian Government, through Khazanah Nasional Berhad, had also issued Islamic debt instruments in the form of the Khazanah Benchmark Bonds.

These Benchmark Bonds were structured under the Syariah principle of Al-Murabahah and were intended to facilitate the price discovery process at both the primary and secondary level of Islamic Debt Capital Market. The Khazanah Benchmark Bonds were also issued as part of the broader effort by the Malaysian Government to deepen and widen the Malaysian Bond Market.

In spite of the various efforts taken by the Malaysian regulatory authorities to broaden and deepen the Islamic financial system since 1983, it was only in the last few years that we have seen a significant increase in the number of corporate companies accessing the Islamic Debt Capital Market for funds.

As at today, there are approximately RM28.9 billion worth of Islamic private debt securities raised by the corporate sector from the Islamic Debt Capital Market, out of which RM5.5 billion alone was raised in the last 5 months.








ROLES AND CONTRIBUTIONS OF THE ISLAMIC CAPITAL MARKET IN THE DEVELOPMENT OF THE ISLAMIC BANKING AND FINANCE SYSTEM


With the brief summary on the Islamic Capital Market as a backdrop, we can now proceed with the roles and contributions of the same in the development of the Islamic Banking and Finance System.

a) Intermediary

As we are all aware, the Malaysian financial system in general and the Islamic Banking and Finance System in particular serves many functions. Chief among them is the role of an intermediary between the various surplus and deficit units of the economy.

It is precisely in this area that the Islamic Capital Market can contribute towards the development of the Islamic Banking and Finance System in Malaysia.

The Islamic Capital Market enables various individuals, institutions, the corporate sectors with varying degree of needs to meet, just like the Islamic Banking and Finance System.

As such, it provides a complementary platform for the inter-mediation of funds from those with surplus funds to those who are seeking funds and from one market to another.

For instance, with the introduction of the Syariah Approved List of securities, a new avenue for the investment of funds have been created. In this regard, Muslims can now confidently invest their monies in the approved stocks listed in the Kuala Lumpur Stock Exchange.

As such, the Islamic Capital Market via the Islamic Equity Capital Market, is inter-mediating between the various individuals that requires funding i.e. selling of stocks or having excess funds i.e. investing in stocks.

In turn, those who receive dividend payments or capital gains can then deposit the same into their banking accounts, presumably Islamic bank accounts. On the other hand, some may even seek financing from the Islamic Banking and Finance System to invest in stocks from the Islamic Equity Capital Market.

Consequently, the two distinctive markets are bridged and thus, the Islamic Capital Market automatically broadens and provides further depth to the Islamic Banking and Finance System and vice versa.

Ultimately, the critical mass required for the Islamic Banking and Finance System to be efficient and effective in allocating scarce resources will be attained.





b) Alternative Funding Market

Besides the banking system, the Islamic Capital Market is also an alternative market to raise funds.

Firstly, Islamic capital seekers can turn to the Islamic Capital Market to raise funds for their economic activities.

Without this alternative avenue and restrained by the Single Customer Limit and the Capital Adequacy Ratio requirements of the Islamic Banking and Finance System, the Islamic capital seekers will then be force to either stop the economic activities or carry out their economic activities with funding from the riba based financing of the conventional financial system.

The latter would not only deprive the Islamic Banking and Finance System of additional depth but would instead assist the growth of the conventional financial system.

Further to this, the Islamic Capital Market can also be an alternative avenue to raise funds for the long term funding requirements e.g. capital expenditure whilst the Islamic Banking and Finance System can instead concentrate on extending shorter to medium term funding requirements only.

In this regard, the Islamic Banking and Finance System will be minimizing the risks associated with the extension of short and medium term funding for long term financing requirements.

Thirdly, the various commercial banks and finance companies including the two existing Islamic banks can access the Islamic Capital Market for their own funding requirements or financing operations.

And in the process of doing so, they are able to draw more Islamic funds into the Islamic Banking and Finance System from the various participants of the Islamic Capital Market such as Tabung Haji etc.

The excess funds, in turn, can be utilized by financing more viable Islamic economic activities, thus assisting in the development of the Islamic Banking and Finance System.

c) Off Balance Sheet Funding

Another area of benefit to the Islamic Banking and Finance System is the opportunity in the Islamic Capital Market to provide Off Balance Sheet Funding.

In this area, it has been proven that the banking industrys capacity to extend more financing facilities will increase when both the capital market and the banking systems are bridged.

In a process known as Securitization, the assets from the Balance Sheet of the Islamic Banking and Finance System will be removed and sold to a third party. The Balance Sheet will then have less assets i.e. equals to more space in their books for further extension of financing facilities.

In the process, the third party will pay the Islamic Banking and Finance System, which in turn are able to use these funds for their financing operations.

The third party, in this instance, will purchase these assets e.g. Islamic house financing facilities by utilizing funds obtained from the Islamic Capital Market.

A clear and definite example would be the Cagamas Bonds.

Further to this, the Securities commission had recently introduced guidelines on asset securitization, which we believe, will allow for further innovations in financing economic activities.

d) Benchmarking

Currently, the pricing process of the Islamic Banking and Finance System is very much dependent on the conventional benchmarks.

In this regard, it is one of our aspirations that the Islamic Capital Market would eventually assist in the pricing of the Islamic Banking and Finance Systems products.

By developing the Islamic Capital Market in terms of the numbers of products and participants would inevitably, we hope, liberate the Islamic financial system from the need to benchmark the pricing of Islamic Banking and Finance System products against the conventional riba based ones.

Having said these, we are still far behind. Nevertheless, as the saying goes; A million Miles Journey begins with a Single Step.


CONCLUSION


In conclusion, we believe that with further development of the Islamic Capital market in Malaysia, we will broaden and add further depth to the overall capital market.

By doing so, we hope that the Islamic Capital Market can provide a significant contribution to the overall objectives of the Islamic Banking and Finance System as set out in the Financial Sector Master Plan.

Primarily, we hope that the developments in the Islamic Capital Market would assist and enable the Islamic Banking and Finance System to capture at least 20% of the banking industrys market share by the year 2010.

However, we must ensure that the plans lay out in both the Capital Market and Financial Sector Master Plans must be undertaken in order for us to reap the fruits of a developed Islamic Banking and Finance System.

ISU- ISU PERBANKAN DAN KEWANGAN ISLAM DALAM ERA GLOBALISASI


En. Wan Ismail Wan Yusoh
Dr. Ghazali Atan
En. Ir. Hashim Husain
Ustaz Mohd. Bakir Hj. Mansor
En. Zakariya Othman Al- Haj


PENDAHULUAN


Isu-isu perbankan dan kewangan Islam merupakan satu tajuk yang sedang rancak dibincangkan iaitu dari sudut persiapan industri perbankan khususnya perbankan Islam ke arah globalisasi dan liberalisasi.

Pelan induk yang dilancarkan pada 1 Mac 2001, telah menggariskan bentuk sistem kewangan Malaysia pada tahun 2010. Pelan tersebut telah membahagikan perancangannya kepada 3 fasa. Fasa pertama memperlihatkan pengukuhan infrastuktur koperasi dan instrumen perbankan Islam. Fasa kedua akan berlaku keadaan persaingan sesama institusi kewangan. Manakala fasa ketiga dijangkakan berlaku pertembungan yang hebat di antara institusi domestik dan antarabangsa di mana keadaan integrasi persaingan dalam sektor kewangan akan terjadi.

Sistem perbankan Islam perlu lebih bersedia kerana sistem ini berada pada satu komposisi yang agak terkebelakang berbanding sistem perbankan Konvensional.

Kini, negara Malaysia cuba membentuk satu sistem kewangan Islam yang komprehensif dengan adanya penubuhan insuran secara Islam, pasaran modal Islam dan Pengurusan Aset (Asset Management) yang merupakan salah satu sistem sokongan kepada sistem kewangan Islam.


SISTEM KEWANGAN ISLAM DAN PERANANNYA


Pandangan umum menyatakan bahawa pasaran bagi ekonomi Islam adalah niche market atau pasaran yang kecil iaitu kurang daripada 2% dari jumlah aset yang dikendalikan secara Islam.

Hakikatnya, pasaran ekonomi Islam adalah lebih besar berbanding pasaran konvensional dari segi potensinya. Ini kerana orang Islam tidak boleh melabur atau mengambil manfaat daripada sistem yang berasaskan riba, manakala bagi orang-orang bukan Islam, mereka boleh melibatkan diri di dalam pasaran ekonomi Islam. Tetapi sekarang pasaran Islam kecil kerana ianya tidak digunakan atau masih belum dapat diperkembangkan dengan sempurna.

Tugas mengembangkan peranan fiqh muamalat dan pengurusan Islam seharusnya dipikul oleh para profesional muda di dalam bidang ini.

Usaha yang sedang dijalankan di Malaysia bagi mempertingkatkan pasaran ekonomi Islam terbahagi kepada dua, iaitu;

a) Islamisasi Konvensional Bank.

Aktiviti ini telah bermula sejauh awal 1990-an. Banyak cabaran yang terpaksa dilalui kerana bank-bank konvensional merupakan perantara melalui perantaraan bank. Apabila wang dimasukkan ke dalam bank, maka bank akan meminjamkan kepada orang yang ingin meminjam dengan ada cagaran (colleteral) dan sebagainya.

Pasaran tersebut telah diislamisasikan dan telah ada kemajuan contohnya pelaksanaan Bai- Bithaman Ajil dan Al- Wadiah. Kemajuan ini adalah sangat menarik dan dapat memberi perkhidmatan kepada para pelanggan.

Malangnya, ada yang berfikir bahawa sistem kewangan Islam hanya menawarkan perkhidmatan tersebut sahaja. Tetapi sebenarnya sistem kewangan Islam mempunyai potensi yang lebih besar dari sudut lain pasaran iaitu Perbankan Pelaburan (investment banking).

Di dalam pasaran ini, pihak bank akan menjadi perantara antara pelabur (investors) dan pengguna dana (users) melalui proses pengeluaran saham, bon dan lain-lain instrumen.

Proses ini adalah lebih mudah untuk diislamisasikan. Contohnya, di Malaysia telah ada cara untuk menapis ekuiti-ekuiti secara Islam dan bukan Islam yang agak jelas. Tetapi, dari segi isu bon, bank Islam tidak perlu mengeluarkan bon yang merupakan sijil hutang (debt certificate). Bon sebenarnya boleh diubah menjadi satu sekuriti lain yang bukan merupakan hutang berasaskan pelaburan dan ia boleh dibuat secara Musyarakah, Ijarah dan Mudharabah.

Aspek ini merupakan satu peluang keemasan yang masih belum berkembang. Di Malaysia sekarang hanya terdapat satu Ijarah bon sahaja. Manakala Mudharabah dan Musyarakah masih belum diamalkan. Dari segi potensi, pasaran modal Islam merupakan satu lapangan yang sangat luas yang boleh diperkembangkan. Jika pasaran ekuiti dan hutang Islam digabungkan, maka semua konsep syariah Islam boleh digunakan bukan sahaja Bai- Bithaman Ajil dan Mudharabah. Dengan ini, pasaran baru akan terbentuk dan ia adalah di antara pasaran ekuiti dan pasaran bon. Contohnya Bon Musyarakah atau Bon Mudharabah, ia ada elemen bon dan ekuiti.

Jadi, risiko profil akan lebih lengkap. Ini merupakan satu perkara yang perlu diterajui oleh Malaysia.

b) Peranan Pasaran Islam di dalam pengurusan makro ekonomi.

Pada peringkat awal, usaha telah dijalankan untuk mengislamisasikan bank. Hasilnya, Malaysia tidak dapat lari daripada pengerakan kadar faedah kepada ekonomi walaupun kadar pulang di dalam kontrak Islam boleh ditetapkan (flat rate). Tetapi dari segi ketahanan kepada pusingan pasaran masih dalam keadaan sama.
Contohnya, kegawatan ekonomi pada tahun 1997, apabila permintaan dan nilai matawang jatuh, para pengurus makro ekonomi (Bank Negara) terpaksa menaikkan kadar bunga untuk melindungi nilai matawang. Apabila perkara ini berlaku, didapati permintaan menurun, manakala kadar bunga meningkatkan pinjaman baru sukar didapati. Dengan kata lain hasil merosot, kos meningkat dan untuk memperolehi pinjaman baru susah.

Sekiranya diamalkan sistem kewangan Islam iaitu melalui pembahagian untung, di dalam suasana kegawatan, permintaan keuntungan dan kos dana sama-sama merosot kerana di dalam tempoh kegawatan, keuntungan menurun menyebabkan pembahagian untung sama ada tiada langsung atau kurang daripada biasa. Sistem kewangan Islam dapat mengelakkan daripada kejutan dalam kitaran modal.

Ini merupakan satu sumbangan besar dan menjelaskan bagaimana kewangan Islam boleh memainkan satu peranan besar di dalam ekonomi monopoli.

Malaysia perlu menerajui pembangunan ini. Didapati bahawa bank Islam, Islamic Investment Bank, Syarikat Pengurusan Aset, Syarikat Broker Saham dan sebagainya telah memainkan peranan penting dalam memperlihatkan pasaran ekuiti Islam dan pasaran bon Islam yang bukan berasaskan pinjaman tetapi berasaskan kontrak-kontrak syarikat Islam.


PERANAN SYARIKAT PENGURUSAN ASET (AMC)


Syarikat Pengurusan Aset (AMC) merupakan satu langkah untuk meningkatkan kecekapan. Di bank, pinjaman diberikan kepada orang yang menawarkan cagaran terbaik tetapi tidak semestinya mempunyai projek yang baik.

Melalui Syarikat Pengurusan Aset, undian yang lama akan dibuat bagi menentukan siapakah yang layak diberi pinjaman. Melalui pensekuritian, pengurus dana akan membeli dan menjual sekuriti tersebut, maka satu proses pengundian yang berterusan akan terjadi. Di mana sekiranya sesebuah syarikat lemah, ekonomi gawat dan pengeluaran bon tidak diuruskan dengan baik, harga sekuriti akan jatuh. Kesannya, adalah sukar bagi syarikat tersebut untuk mengeluarkan bon baru semula.

Melalui proses ini, wang akan masuk ke dalam syarikat yang baik dan keluar dari syarikat atau ekonomi yang tidak baik dan melalui proses inilah sumber dana diperolehi.

Keadaan tersebut amat mencabar. Negara Malaysia cuba mengelakkan keadaan ini dengan melaksanakan kawalan modal kerana bimbang kepada proses pengundian.

Proses pengundian secara berterusan oleh pengurus dana merupakan satu proses baru yang menjadikan ekonomi berlaku dengan lebih cekap jika dibiarkan tanpa gangguan. Tetapi kecekapannya menimbulkan masalah kepada syarikat-syarikat lama yang sudah mantap yang mungkin tidak efisien. Mereka cuba mengelak perubahan cara lama kepada cara baru. Ini bertujuan mengelakkan isu kerajaan korporat, aliran modal bebas, aliran pelaburan bebas dan sebagainya merupakan satu isu sensitif bagi syarikat besar dan ternama tapi mungkin tidak efisien, pengurusan yang lemah, penggunaan aset tidak sempurna.
Masalah ini telah melanda Asia Timur pada tahun 1997, iaitu dengan meletakkan sumber dana ke dalam syarikat besar melalui keputusan kerajaan atau bank dan bukan peruntukan pasaran.

Kesannya, pinjaman murah telah diberikan kepada syarikat besar tetapi mungkin tiada projek yang baik. Maka timbul ungkapan Kredit Murah Kepada Syarikat Yang Berkenaan (Cheap Credit to Related Company). Terdapat syarikat besar yang hanya memperolehi kadar jualan sebanyak 1.5%. Ini menjelaskan bahawa banyak berlaku pembaziran modal di dalam penggunaan cara lama.

Peranan AMC bukan sahaja meningkatkan kecekapan tetapi juga halal. Bagi memastikan pengundian hanya kepada syarikat yang baik pengurusannya, proses undian oleh pengurus dana dilaksanakan setiap hari dengan melihat kepada pasaran yang baik dan seterusnya diberi sokongan. Manakala syarikat yang tidak diuruskan dengan baik tidak akan disokong.

Keadaan ini menuntut kepada kepakaran, pengurusan aset, mahir mikro ekonomi, makro ekonomi, hal ehwal politik, ciri-ciri perniagaan dan ekonomi. Para pelabur perlu lebih bijak. Kebebasan memilih ini adalah makna baru demokrasi serta cabaran baru di mana yang akan menang hanya yang berhak.


PERBANKAN ISLAM DI MALAYSIA DARIPADA
PERSPEKTIF PENGGUNA


Prinsip pengusaha yang utama terbahagi kepada dua. Pertama keutamaan diberi kepada pelanggan. Kedua dikiaskan sebagai kembali kepada yang pertama. Ini bermakna kedua-dua prinsip ini menitikberatkan pelanggan.

Peredaran masa telah membawa perbankan bergerak daripada perbankan tradisional seterusnya E-perbankan dan yang terkini Perbankan Bergerak (mobile banking).

Globalisasi pula menuntut pengetahuan integrasi dalam aktiviti-aktiviti utama yang terdiri kepada empat aktiviti iaitu pembelian, pembuatan, jualan dan perkongsian teknologi maklumat modal (fund information technology). Di dalam era ini sempadan teknologi adalah tidak terhad. Para pengusaha percaya bahawa teknologi boleh membawa kesan kepada ekonomi dan politik.

Sebagai pengusaha, keperluan terhadap bahan mentah adalah tinggi. Kebanyakan Bank Islam hanya bertemu dengan para pengusaha, namun mereka sepatutnya berusaha untuk lebih mengenali para pembekal.

Persaingan di dalam pasaran perbankan adalah sangat tinggi. Para pengguna akan mencari inisiatif yang terbaik bagi menguruskan perniagaan kerana keperluan ke atas kerjasama bank adalah tinggi. Ia bermula dari awal pusingan proses perniagaan iaitu proses pembuatan, kemudian penghantaran sebagai eksport ke luar negara, bank diperlukan untuk urusan logistik.

Sebahagian besar para pengusaha memulakan perniagaan dari bawah tanpa mengetahui keperluan ke atas harta dan sebagainya. Kebanyakan bank di Malaysia memberi tumpuan yang lebih kepada para usahawan tetapi tidak kepada aktiviti perniagaan atau projek yang dilaksanakan.

Kesannya, pengusaha perintis sukar memperolehi peluang pinjaman atas alasan tiada kepakaran dalam perniagaan. Maka pengusaha baru ini terpaksa mencari bank lain yang berminat ke atas projek yang dilaksanakan. Bank-bank seperti ini akan melihat potensi perniagaan tersebut dan akan terus memberi pinjaman sehinggalah syarikat tersebut mampu berdikari.

Pengurusan Perhubungan Pelanggan (CRM) mestilah dilaksanakan dengan efisien. Bank Islam haruslah memikirkan cara terbaik untuk memberikan perkhidmatan kepada pelanggan.


PENYELARASAN PERLAKSANAAN DI TIMUR TENGAH
DAN MALAYSIA


Mazhab yang muktabar di dalam Islam terdiri dripada empat mazhab iaitu Mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali mengikut urutan bilangan pengikut mazhab tersebut. Di Malaysia, pengamalan muamalat adalah mengikut akad-akad yang diharuskan di dalam Mazhab Syafie kerana umat Islam Malaysia merupakan pengikut Mazhab Syafie.

Islam pada asalnya tidak menghadkan sempadan perniagaan. Di mana perniagaan di Malaysia dan tempat lain adalah sama. Modal yang besar daripada negara Islam adalah di Timur Tengah. Masyarakat Islam di Timur Tengah mengikut Mazhab Hanafi.

Di sini berlaku pertentangan pendapat kerana wujud akad yang dihalalkan di dalam Mazhab Syafie dikira tidak halal di dalam Mazhab Hanafi. Contohnya di dalam pembiayaan hutang.

Bank Islam Malaysia Berhad pernah melalui kerugian besar di dalam pengamalan pembiayaan hutang melalui konsep Musyarakah dan Mudharabah.

Percanggahan pendapat lain seperti di dalam penentuan hutang dan harta. Di Malaysia, hutang dan aset adalah sama iaitu boleh disekuritikan, tetapi masyarakat Arab tidak bersetuju dengan pendapat ini disebabkan mereka tidak nampak hutang sebagai aset kerana hutang tidak dalam bentuk fizikal. Contohnya penjualan rumah menggunakan Bai Bithamanil Ajil, di mana hak pada penjual ialah hutang dan keadaan ini tidak diterima oleh orang Arab. Tetapi al-Ijarah diterima kerana aset masih ada dan sewa merupakan hak penjual. Contoh lain ialah Bai al-Inah. Imam Syafie berpendapat ianya harus tetapi dengan rukun yang lengkap dan syarat yang ketat. Manakal Mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali pula bersepakat ianya tidak harus.

Fenomena yang terjadi di Malaysia ialah orang ramai berkehendak kepada wang dan aset. Tetapi Islam dasarnya menetapkan dengan penjualan harta barulah memperolehi wang. Maka fenomena di Malaysia berjaya diselesaikan dengan pengamalan akad Bai Bithaman Ajil.

Wujud perbezaan pendapat disebabkan perbezaan mazhab menyebabkan akad-akad yang dilaksanakan di Malaysia sukar diselaraskan dengan negara Timur Tengah. Walaubagaimanapun untuk memasuki pasaran Timur Tengah, Malaysia perlu mengggunakan akad yang dipersetujui bersama sahaja seperti bon berdasarkan Mudharabah, Musyarakah dan Ijarah sahaja.

Percanggahan pendapat di dalam Islam dikalangan individu atau golongan ke atas perkara-perkara cabang dibenarkan di dalam Islam.


CARA MENGATASI SALAH FAHAM TERHADAP
SISTEM PERBANKAN ISLAM


Di Malaysia wujud beberapa salah faham terhadap sistem perbankan Islam contohnya isu pembiayaan mahal, tetapi pada tahun 1997 dan1998 isu mahal ini hilang kerana bank konvensional mengenakan kadar faedah yang lebih tinggi.

Setelah diteliti, masalah salah faham ini terjadi kerana kurangnya publisiti terhadap sektor perbankan Islam dan tiada Islamisasi ilmu. Di mana Bank Islam hanya menyenaraikan produk yang ditawarkan tetapi tidak dihebahkan kepada masyarakat.

Contohnya tentang kewujudan insuran Takaful, masih ramai para pengusaha yang tidak menyedari tentang insuran Islam ini dan kepentingan yang dibawanya. Ini kerana pada awalnya, syarikat ini mengharapkan masyarakat tampil sendiri untuk mendapatkan perkhidmatan. Banyak seminar dilakukan dengan mengundang para penceramah yang berwibawa, tetapi tidak ramai yang hadir.

Para professional sistem ini juga tidak begitu menonjol di Malaysia, contohnya Sheik Mizaan Yaquti seorang penasihat syariah di dalam Dow Jones. Selain itu Dr. Daud Bakar yang terkenal di United Kingdom di London dan USA serta terlibat di dalam majlis syariah Bank Negara. Hajah Rohani, seorang yang dikenali dan pernah dijemput oleh BBC. Namun di Malaysia mereka tidak diketengahkan.

Bagi mengetengahkan sistem perbankan Islam dan memulihkan salah faham di dalam sistem ini, kemahiran bahasa Inggeris yang baik amat diperlukan agar pengetahuan yang berkaitan mudah disebarkan kepada masyarakat. Langkah lain untuk meluaskan sistem perbankan Islam ialah melalui Islamisasi ilmu.

Banyak program boleh dilaksanakan untuk menyebarkan maklumat berkaitan sistem perbankan Islam contohnya melalui publisiti, pelaksanaan seminar, bengkel dan sebagainya.







ISU BERBANGKIT DALAM PERLAKSANAAN
SISTEM PERBANKAN DI MALAYSIA


1. Ustaz Mohd. Bakir menyatakan bahawa Bank Islam Malaysia Berhad menghadapi kerugian besar dalam pelaksanaan Mudharabah dan Musyarakah kerana pelanggan melarikan diri. Sepatutnya perkara ini tidak terjadi kerana pelaksanaan Mudharabah dan Musyarakah adalah berdasarkan kepercayaan di antara pelabur dan peniaga. Pada zaman awal Islam, konsep ini banyak diamalkan contohnya oleh para saudagar Arab, Gujerat, Syam dan Yaman. Tetapi kini, masalah terjadi kerana tiada kejujuran di dalam perniagaan di kalangan umat Islam.

2. Komen daripada Dr. Ghazali Atan bahawa orang Islam hari ini telah lupa aspek besar untuk hidup sebagai umat Islam. Daripada aspek ibadah adalah baik, tidak dipertikaikan. Tetapi di dalam bermuamalah tiada kejujuran. Ini terjadi berkemungkinan daripada kelemahan dalam pendidikan dan dakwah kerana sifat amanah merupakan satu perkara pokok yang membawa kepentingan kepada kewibawaan ummah. Untuk menjadi amanah, seseorang perlu kuat di dalam tauhid. Malangnya bukan sahaja di Malaysia bahkan umat Islam seluruhnya, kuat beribadah tetapi lemah pada muamalah dan tauhid atau dengan kata lain muslim sebahagian.

3. En. Ir. Hashim Hussain berpendapat sebagai seorang peniaga, beliau memerhatikan kos kadar pulangan BIMB kadangkala rendah dan kadangkala tinggi. Situasi ini perlu diambil kira semula. BIMB harus mengambil tindakan yang bijaksana di dalam menjalankan perniagaan kerana para pengguna semakin bijak.

4. En. Zakariya Othman Al-Haj memberi pandangan bahawa untuk meningkatkan atau memperluaskan sistem perbankan Islam, sistem ini memerlukan publisiti yang menyeluruh melalui persidangan atau seminar. Selain itu kepada masyarakat bukan Islam, penerangan yang berhikmah adalah penting supaya maklumat tentang sistem perbankan Islam dapat disampaikan dengan cara mudah dan jelas.

















Thank you for visiting our web site!
Resource Center College Of Islamic Banking & Finance
KPKI Copyright © 2001 by KPKI Resources Centre. All rights reserved.
WebMaster: Azlan Mohamad Hamzah , Ahmad Bohari Ahmad Azahri
E-Mail : lanz_xoom@lycos.com