Home

Laman Web Pengurusan Islam | Waktu Sembahyang | Al-Quran | Al-hadith | Fiqh Muamalat dan Fatwa | Glosari | Bank di Malaysia | Kakitangan | Keahlian | Polisi | Waktu Perkhidmatan | InfoKPKI Search Engine and Links | Contact InfoKPKI | Laman Web Perakaunan | Laman Web Takaful ( Islamic Insurance) | Laman Web Perbankan dan Kewangan Islam | Laman Web Pemasaran dan Perniagaan | Laman Web Matematik dan Ekonomi | Sumber-sumber berasaskan web untuk penyelidikan kualitatif | Prinsip-prinsip syariah dalam penerbitan bon secara Islam
Polisi
Pusat Sumber Kolej Perbankan Dan Kewangan Islam Online

Kemudahan pinjaman

Kemudahan pinjaman bagi berbagai kategori pengguna adalah seperti berikut :

1) Pelajar sepenuh masa dan separuh masa :
2 buah buku dalam tempoh seminggu


2) Kakitangan KPKI :
2 buah buku dalam tempoh seminggu


3) Pensyarah KPKI :
8 buah buku dalam tempoh sebulan


Polisi pinjaman mengikut koleksi :

1) Bahan-bahan koleksi am
Pinjaman adalah mengikut polisi pinjaman berbagai kategori pengguna yang telah ditetapkan.

2) Bahan-bahan rujukan
Bahan-bahan ini khusus digunakan di pusat sumber sahaja. Walau bagaimanapun pensyarah boleh meminjam bahan-bahan rujukan yang tertentu atas budi bicara Pustakawan.

3) Koleksi Buku Rezab (Redspot)

Semua koleksi ini hanya boleh digunakan di pusat sumber sahaja.Koleksi buku rezab (Redspot ) ditandakan dengan pelekat merah.

4) Koleksi majalah/ bahan bersiri

Semua koleksi ini hanya boleh digunakan di pusat sumber sahaja. Koleksi ini ditandakan dengan pelekat hijau ( Greenspot )

5) Kertas peperiksaan
Tidak boleh dibawa keluar tanpa kebenaran dan hanya dibenarkan membuat salinan (fotokopi).




Peraturan pinjaman / pemulangan (sirkulasi)

1)Peminjaman dikehendaki menunjukkan kad pusat sumber dan kad pelajar apabila meminjamkan bahan-bahan perpustakaan.

2)Sebarang buku atau bahan-bahan pusat sumber tidak dibenarkan dibawa keluar dari pusat sumber sehingga ia telah direkodkan oleh pustakawan.

3) Membawa keluar bahan-bahan Pusat Sumber tanpa kebenaran adalah dianggap satu kesalahan besar.

4) Bahan-bahan Pusat Sumber yang dipinjam hendaklah dikembalikan pada atau sebelum tarikh dan masa yang ditetapkan.

5) Semua peminjam dikehendaki memulangkan semua bahan-bahan pinjaman yang melampaui tarikh pemulangan dan membayar denda selewat-lewatnya pada penghujung semester sebelum pengguna dibenarkan membuat pinjaman seterusnya.

6) Pusat sumber sedia meminjamkan bahan-bahan yang tidak ada dalam simpanan dengan membuat pinjaman dengan Pusat Sumber/Perpustakaan lain.



Peraturan Am Pusat Sumber

v Masa pusat sumber boleh dipinda dari masa ke semasa dan pengumumannya akan diletakkan di papan kenyataan.
v Merokok, makan dan minum adalah dilarang di kawasan pusat sumber.
v Beg, payung, bungkusan dan sebagainya tidak boleh di bawa masuk ke dalam pusat sumber. Tempat khas untuk menyimpan barang-barang tersebut disediakan di pintu masuk. Pusat sumber tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan harta benda.
v Ketika hendak meninggalkan pusat sumber, semua pengguna dikehendaki menunjukkan semua buku serta bahan-bahan yang dibawa keluar untuk pemeriksaan.
v Membuat bising adalah dilarang di pusat sumber.
v Menempah tempat duduk tidak dibenarkan.
v Buku dan alat-alat lain yang ditinggalkan di atas kerusi dan meja dalam jangka waktu yang lama akan dipungut oleh pustakawan.
v Pengguna hendaklah berpakaian kemas dan bersopan serta menutup aurat bagi pelajar Islam.
v Pustakawan yang bertugas berkuasa mengarahkan seseorang meninggalkan pusat sumber jika ia didapati mengganggu ketenteraman pusat sumber.
v Pengguna tidak dibenarkan mengalih atau menyalahgunakan bahan-bahan pusat sumber seperti perabot, meja dan kerusi.
v Bahan-bahan yang telah dibaca ataupun dirujuk hendaklah diletakkan di dalam kotak yang telah disediakan. Anda dinasihatkan supaya tidak meninggalkan buku-buku di atas meja selepas penggunaannya.
v Pustakawan berkuasa menarik balik kemudahan pusat sumber sekiranya peraturan-peraturan di atas tidak dipatuhi.

Thank you for visiting our web site!
Resource Center College Of Islamic Banking & Finance
KPKI Copyright © 2001 by KPKI Resources Centre. All rights reserved.
WebMaster: Azlan Mohamad Hamzah , Ahmad Bohari Ahmad Azahri
E-Mail : lanz_xoom@lycos.com


www.infokpki.educations.net