Make your own free website on Tripod.com
Polisi & keahlian

KEAHLIAN
Keahlian adalah terbuka kepada pelajar sepenuh masa dan separuh masa, pensyarah dan kakitangan Kolej Perbankan dan Kewangan Islam. Manakala, pengguna luar seperti pelajar dan pengguna profesional juga dibenarkan menggunakan pusat sumber ini dengan menunjukkan surat permohonan dari perpustakaan atau majikan mereka.

KAD KEAHLIAN
Siswa siswi yang membuat keahlian Pusat Sumber dikehendaki mendapatkan kad keahlian Pusat Sumber daripada Pustakawan KPKI. Siswa dan peminjam yang menghilangkan dan merosakkan kad keahlian akan dikenakan denda sebanyak RM 1 untuk satu kad dan ditahan untuk meminjam buku selama 2 minggu.

KEMUDAHAN PINJAMAN
Kemudahan pinjaman bagi berbagai kategori pengguna adalah seperti berikut :

1) Pelajar sepenuh masa dan separuh masa :
2 buah buku dalam tempoh seminggu

2) Kakitangan KPKI :
2 buah buku dalam tempoh seminggu

3) Pensyarah KPKI :
8 buah buku dalam tempoh sebulan


POLISI PINJAMAN MENGIKUT KOLEKSI

1) Bahan-bahan koleksi am
Pinjaman adalah mengikut polisi pinjaman berbagai kategori pengguna yang telah ditetapkan.

2) Bahan-bahan rujukan
Bahan-bahan ini khusus digunakan di pusat sumber sahaja. Walau bagaimanapun pensyarah boleh meminjam bahan-bahan rujukan yang tertentu atas budi bicara Pustakawan.

3) Koleksi Buku Rezab (Redspot)

Semua koleksi ini hanya boleh digunakan di pusat sumber sahaja.Koleksi buku rezab (Redspot ) ditandakan dengan pelekat merah.

4) Koleksi majalah/ bahan bersiri

Semua koleksi ini hanya boleh digunakan di pusat sumber sahaja. Koleksi ini ditandakan dengan pelekat hijau ( Greenspot )

5) Kertas peperiksaan
Tidak boleh dibawa keluar tanpa kebenaran dan hanya dibenarkan membuat salinan (fotokopi).


PERATURAN PINJAMAN
1)Peminjam dikehendaki menunjukkan kad pusat sumber dan kad pelajar apabila membuat pinjaman bahan-bahan perpustakaan.

2)Sebarang buku atau bahan-bahan pusat sumber tidak dibenarkan dibawa keluar dari pusat sumber sehingga ia telah direkodkan oleh pustakawan.

3) Membawa keluar bahan-bahan Pusat Sumber tanpa kebenaran adalah dianggap satu kesalahan besar.

4) Bahan-bahan Pusat Sumber yang dipinjam hendaklah dikembalikan pada atau sebelum tarikh dan masa yang ditetapkan.

5) Semua peminjam dikehendaki memulangkan semua bahan-bahan pinjaman yang melampaui tarikh pemulangan dan membayar denda selewat-lewatnya pada penghujung semester sebelum pengguna dibenarkan membuat pinjaman seterusnya.

6) Pusat sumber sedia meminjamkan bahan-bahan yang tidak ada dalam simpanan dengan membuat pinjaman dengan Pusat Sumber/Perpustakaan lain.


Thank you for visiting our web site!
Resource Center College Of Islamic Banking & Finance
KPKI Copyright 2001 by KPKI Resources Centre. All rights reserved.
WebMaster: Azlan Mohamad Hamzah , Ahmad Bohari Ahmad Azahri
E-Mail : lanz_xoom@lycos.com